Anda pengguna GPS? Mungkin anda menyebutnya sebagai Waze. Ini samalah sebagaimana anda menyebut ubat gigi sebagai colgate sedang colgate ialah jenama bagi ubat gigi. Saya tidak menggunakan Waze sebaliknya pengguna setia kepada Navigation. Banyak lagi aplikasi GPS yang lain dan yang amat popular suatu ketika dulu ialah Papago .
GPS sebenarnya akronim kepada Global Positioning System.
Sebelum aplikasi GPS disediakan di dalam handphone, kita kena membeli perkakasan GPS itu sendiri seperti Papago. Anda kena update ( upgrade) setiap tahun jika tidak anda akan terkena. Anda pakai release 2010 contohnya sedangkan anda berada di tahun 2015. Dah tentu dalam 5 tahun perubahan jalan banyak berlaku. Anda disuruh belok kanan sedangkan kanan anda ialah divider.
Saya tidak hendak memperkata tentang pelbagai aplikasi GPS sebenarnya tetapi bagaimana penggunaan GPS bagi anda pembaca.
Ramai yang seusia saya tidak pandai menggunakan GPS. Tapi yang lebih hairan yang pangkat anak-anak pun ada yang tidak tahu mengguna GPS atau baru nak bertatih menggunakan GPS.
Ada yang mengatakan GPS tidak betul atau tidak tepat dan kengkadang merapu. Ada yang mengatakan GPS membuatnya sesat. Betul ke? Saya katakan tidak walaupun saya pernah sesat kerananya. Kalau ia menyusahkan kita sebenarnya kita yang salah atau silap mengikut arahan , tetapi kebanyakan kita tidak mahu mengaku kita yang salah.
Sebenarnya GPS penunjuk arah yang betul kepada yang benar-benar tidak tahu jalan tetapi menimbulkan masalah kepada yang tahu jalan. Tambahan kalau dalam kereta ada co-pilot.
Mind set kita kena betul bila anda guna GPS. Kalau kita betul-betul tidak tahu tempat yang hendak dituju, yang tahu hanya alamat. Co-Pilot anda ( biasanya isteri le..sorry ) pun tak tahu. Anda akan selamat sampai tepat ke tempat yang dituju. Yang jadi masalah ialah kita guna GPS tetapi tidak percaya pada GPS dan kita tahu serba sedikit jalan yang hendak dituju dan co-pilot kita tahu banyak. Apa masalahnya? Bila GPS suruh masuk susur keluar, kita kata kenapa pulak ikut ini. Merapu je. Tak payah le. Dan kita pun terus ikut jalan kita tahu tetapi di hadapan kita sangkut dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.
Sebenarnya GPS nak bawa kita laluan yang tidak ada kesesakan. Bukannya merapu. GPS melihat melalui stelit dari atas sedangkan kita hanya memandang ke hadapan, ke kiri atau ke kanan di atas bumi.
Kenapa kengkadang kita sesat? Bukan salah GPS tetapi salah pemandu. Contohnya GPS kata " belok kanan kemudian belok kiri". Kita pun membelok ke kanan dan terus membelok kiri ke jalan yang kita temui tanpa melihat jarak yang tertera lagi berapa meter, jalan ke kiri pulak lebih dari satu. Ini kengkadang tersilap atau hampir tersilap. Masa ini co-pilot kita yang tahu jalan jadi berguna tetapi telingat kena tahanlah akan bebelan.
Sesat juga berlaku bila GPS suruh masuk jalan yang agak tidak munasabah dan kitapun kata atau co-pilot kita kata tak kan lah yang ini. Akhirnya kita menonong-nonong ke hadapan dan tukar guna GPS dari HP yang lain, akhirnya suruh berpatah balik ke jalan yang kita kata tidak munasabah tadi.
Maknanya GPS dah betul tetapi minda kita yang melawan GPS menjadikan kita sukar.
Seperkara lagi kalau nak share location, pastikan jarak location yang sehampir mungkin dengan lokasi kita.
Pernah berlaku anak kepada saudara ( kira bebudak le ) bagi lokasi yang jaraknya lebih dari 500 meter dari lokasi sebenar. Ini berlaku ketika saya memandu di Pahang. GPS kata dah sampai. Tapi rumah yang dicari tak jumpa. Jenuh bertanya jenuh memusing. Hubungi balik saudara tu. Dia beritahu masuk jalan tu, jalan ini, tapi masih tak jumpa. Rupanya lokasi rumahnya di seberang kiri sungai dan kami berada di seberang kanan sungai. Untuk ke seberang sudah tentulah kena melalui jambatan. Tahu berapa jauh terpaksa lalui untuk sampai ke destinasi sebenar? 28 km.
Seperkara lagi bila kita tekan contohnya Taman Sutera, jangan terus klik, baca betul-betul supaya tidak berlaku nak ke Taman Sutera Kajang, kita disasarkan ke Taman Sutera Johor Bahru.
Berlaku sekali pada saya. Dari seksyen 7 Shah Alam nak ke CIAST di Seksyen 19 Shah Alam. Selalu tak pernah silap. Hari tu tekan CIAST terus tanda dan jalan. Menonong arah ke lain. Co-Pilot yang agak tahu jalan dah bising kata salah sebab dah menuju ke Petaling Jaya. Pusing balik ikut arahan Co-Pilot. Masa itu tak tahu saya salah di mana? Dah Co-Pilot bising kata salah, ikut je lah GPS hidup ni. Kemudian baru saya sedar dan baru tahu rupanya ada CIAST di Petaling Jaya dan saya tertekan CIAST Petaling Jaya. Sorry.
Banyak cerita GPS ni kalau nak cerita. Nanti panjang sangat pulak. Dua perkara saja nak cerita lagi. Pertama ada yg sentiasa guna GPS walaupun bertahun-tahun ulang alik ke tempat kerja. Ini orang yang percaya GPS membawa ikut jalan yang tidak ada masalah kesesakan.
Kedua ada member yang buta GPS, kita share location dia baca peta tu bukan tekan supaya GPS dihidupkan dan bawa dia ke destinasi.
Sekian dulu hi hi.
No comments:
Post a Comment