Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 83


Dulu aku pernah  ditanya rakan-rakan, apakah yang membuat aku sentiasa cergas dan lincah dalam pergerakan aku. Mereka hendakkan petua apa yang aku " *pakai "

Aku selalu menjawab bahawa aku " tidak memakai apa-apa ". Jangan silap takfsir pulak kata aku bertelanjang. Maksudnya aku  tidak  mengamalkan amalan yang khusus. Tiada permakanan yang khusus. Tiada ubat yang khusus.

Jadi mereka bertanya lagi,   apa yang membuat aku boleh kekal cergas dalam usiaku yang sudah jauh melepasi angka 60? Kuasa minda. Itu jawabku. Tapi sudah tentu dengan anugerah Allah dan izin Allah. Kuasa minda amat penting. Kekuatan minda bisa mengatasi kekuatan fizikal kita.

Ini sebenarnya pernah kutulis dulu dengan panjang lebar. Jadi kenapa kutulis lagi? Aku ingin mengaitkan dengan keadaan aku sekarang.

Kekuatan minda dan keyakinan diri yang tinggi yang selalu kugunapakai sepatutnya aku pakai sekarang dalam mendepani penyakitku. Aku harus berkeyakinan tinggi bahawa aku mampu menghadapi semua prosedur dan jadual kimo yang kulalui. Aku harus berkeyakinan tinggi aku akan pulih sepenuhnya bila selesai pusingan kimo aku. Aku harus berkeyakinan tinggi yang aku akan kembali melalui rutin hidup normal ku macam sebelum aku disahkan mengidap kanser lymphoma ini.

Akan tetapi, aku dambakan sokongan semangat dari isteri dan anak-anak serta sahabat-sahabat untuk aku terus kekal bersemangat. Setakat ini sokongan dan dokongan memang aku dapat dan aku amat berterima kasih kepada semua yang ada di sekeliling kehidupanku.

Fikiran yang tenang dan happy tanpa stress akan lebih banyak membantu. Untuk itu aku amat mengharapkan supaya aku tidak dibebankan dengan masalah dan titik bengik yang tidak perlu.

Hari ini aku akan dihantar ke wad oleh anakku. Dan akan bermula segala proses dan segala rawatan berhubung dengan kimo ini. Kalau ikut apa yang digambarkan oleh dokter, aku akan hidup dalam pengasingan sehingga selesai pusingan kimoku. Aku tidak dapat membayangkan sekarang bagaimana aku kulalui situasi itu.

Sekarang dalam perjalanan ke HUKM dihantar anak lelakiku. Dua hari ini aku akan dipantau terutamanya masalah buah pinggangku sebelum PET scan 26 hb. nanti.

Ok. Aku akan terus menulis selagi mampu.

Sekian dulu coretan pendek hari ini.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...