Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 82


Pernah dengar tak ungkapan - ungkapan begini:
Cakap ikut dan
Cakap tak guna otak
Cakap guna kepala lutut
dll ungkapan yang sewaktu dengannya.

Semua ungkapan di atas membawa maksud bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu atau paling ringan bercakap tak ada fakta atau faktanya tidak betul.

Implikasinya besar dan pelbagai. Kadang-kadang percakapan itu mungkin benar tetapi tidak menggunakan fikiran memikirkan perasaan orang yang mendengar. Kadang-kadang percakapan itu kosong tanpa isi atau dikategorikan sebagai merapu. Implikasinya pada pendengar tidaklah berat tetapi riaksi mereka ialah mendengar dengan perasaan meyampah, mendengar dengan dengar tak dengar atau cakap orang sekarang buat dek. Tapi orang yang bercakaplah yang akan rasa malu bila orang tak ambil pot apa yang kita cakapkan.

Ada juga percakapan itu kononnya dirasai betul oleh yang bertutur tetapi realitinya jauh menyimpang. Ini juga membawa rasa jengkel kepada yang mendengar apatah lagi kalau penutur jenis yang rasa dia betul segala-galanya tetapi pemikirannya seringkali tidak betul sebenarnya.

Malangnya orang yang macam ini akan selalu mengulang semula kata-katanya salah itu menyebabkan pendengar bertindakbalas menghujahkan semula ungkapan  tersebut atau yang malas untuk bertekak akan                   .                  " membengkek" dalam hati.

Bercakap guna kepala lutut ini juga akan menyebabkan intraksi dua hala terganggu. Sama ada akan berlaku pertengkaran atau yang malas untuk bertekak terus bungkam dan intraksi pun termati.

Jadi,  marilah jadi pengungkap yang berfikir. Berfikir tentang pendapat atau fakta yang hendak diungkapkan atau berfikir tentang implikasi dari ungkapan itu.

Saranan ini juga terpakai dalam penulisan. Fikirkan apa yang hendak ditulis, semak betul-betul fakta yang hendak dikemukakan dan fikirkan juga implikasinya. Kalau pun tujuan tulisan anda untuk menyindir atau memperbetulkan sikap pembaca, pastikan sendiran anda lembut dan memang boleh menyedarkan kecualilah mereka yang memang tak empuk direbus dan tidak hangus dibakar. Orang begitu memang tak makan sindir dan tidak akan mudah disedarkan.

Bercakap ikut dan ini berlaku dalam kelompok kawan-kawan atau berlaku juga dalam pasangan rumah tangga.

Hati-hati supaya kelompok tidak berpecah dan rumah tangga tidak berantakan atau menjadi sunyi dan hilang serinya.

Selamat bercakap menggunakan otak.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...