Duduk seorang diri di dalam kereta, berbekal surat khabar, handphone dan radio kereta, sambil menunggu isteri dengan urusannya, minda merayau - merayau ke zaman yang telah berlalu. Semakin lama dikenang semakin rindu terasa.
Rakan-rakan whatsapp group yang setengahnya memang rakan ketika bersekolah dulu, masih terus memberi respon terhadap tulisanku tentang novel-novel tersohor beberapa dekad dahulu. Ada yang meminta aku menyenarai semula nama-nama novel yang hebat untuk nanti sama-sama mencarinya.
Semua ini mengembalikan aku pada zaman bersekolah yang mana aku begitu rakus membaca novel-novel dan zaman bekerja di mana aku berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Semuanya mengamit rasa rindu yang tersangat dalam, apatah lagi bila kita tidak dapat berpatah balik ke zaman itu selain melalui kenangan.
Membaca artikel tentang SK Limau Kasturi, Gua Musang dan mengimbas kembali drama hebat Cikgu Limau Kasturi Lakunan Allahyarham Harun Salim Bachik dengan skrip dari Allahyarham Datuk Zain Mahmood, seperti tersiar di Utusan Malaysia,
menggembalikan kenanganku sebagai guru sementara, guru terlatih dan Pegawai Pendidikan di JPN dan jiwa semakin rindu kepada situasi yang pernah dilalui dan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudah ramai bersara tetapi ada juga yang masih bertugas kerana semasa menjadi sahabat baik dengannya dia masih muda.
Rindu teramat rindu kepada suasana di mana kami berkumpul dari hotel ke hotel, dari tempat ke tempat, bermesyuarat atau berbengkel untuk mempertingkatkan mutu pengurusan pendidikan negara yang sekali gus mempertingkatkan mutu pendidikan .
Membaca rencana-rencana dan berita-berita berkaitan keputusan SPM membawa kenangan ketika bersama rakan-rakan dan anak buah di pejabat menguruskan keputusan peperiksaan.
Ada pegawai-pegawai di Jabatan yang biasanya dapat result awal sebelum keputusan rasmi oleh Menteri Pendidikan kecewa dengan aku yang begitu tegas tidak membenarkan result diberikan sebelum pengumuman rasmi apabila aku mengetuai Unit Penilaian dan Peperiksaan.
Ada yang bersungut kepada Pengarah. Ta
pi respon Pengarah mengembirakan aku. " Aku pun dia tak bagi! ".
Paling akhir aku bersama rakan-rakan seperjuangan ialah apabila disertakan sebagai Penceramah Jemputan ketika mesyuarat diadakan di Gua Mulu Resort, Sarawak. Ingat empat gua yang kami jelajahi. Aku pertama kali mengambil gambar video menggunakan camera video Panasonic yang aku beli untuk bisnes ambil upah merakam video majlis perkahwinan.
Memudiki Sungai Mulu dengan perahu panjang, sempat melihat guru-guru perempuan Melayu dari Semenanjung mandi dan membasuh di sungai.
Kenangan mati dan terhenti bila isteri call, urusannya susah selesai.
No comments:
Post a Comment