Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 67

Bagi yang sering keluar masuk hospital, menjalani rawatan itu ini, mungkin tiada debaran bagi mereka dalam mendekati hari pembedahan walaupun pembedahan yang besar. Akan tetapi bagi aku yang keluar masuk hospital hanya sebagai pelawat atau menerima rawatan sebagai pesakit luar , debaran itu tetap ada.

Sekurang-kurangnya itulah gambaran perasaanku. Apatah lagi menjalani pembedahan dalam usia tua. Akan tetapi ada juga orang yang melakukan pembedahan besar pada usia jauh lebih tua dari aku. Think positif. Itulah yang selalu dipesan kepadaku. Sudah pasti aku mencubanya.

Semalam seharian suntuk aku sentiasa rasa nak termuntah. Tongsil yang menekan pangkal lidah dan angin yang mendesak dari dalam perut jadi penyebabnya. Sungguh tidak selesa.

Hari ini aku mengalami keadaan yang sama. Mujur tidak termuntah di gerai makan ketika sarapan balik dari masjid subuh tadi. Aku pun tidak pasti apa lagi yang bakal kulalui selepas buang tongsil dan ambil sample ketumbuhan luar biasa ini. Dokter ada membayangkan aku akan melalui proses kimotrapi. Apa lagi selepas itu?

Dalam keadaan sebegini tak tahu apa yang nak kutulis untuk Tulisan selain dari nukilan ini. Tetapi seperti mengada-mengada pulak membesar-besarkan perkara ini. Semalam pun isteriku menyatakan kenapa dia mulanya tidak bersetuju bila aku bercerita tentang penyakitku kecuali kepada rakan-rakan baik. Dia  tak hendak aku rasa kecewa dan tertekan bila kawan-kawan ignore.

Semalam ceritanya agak lain. Aku terasa ingin menutup sebuah whatsapp group yang aku wujudkan  setelah kuperhatikan  tidak lagi digunakan. Tiada sesiapa yang menghantar berita dan tidak ada respon langsung terhadap apa yang kita hantar kengkadang berhari-hari. Tetapi hasratku itu dibantah seorang ahli yang mengatakan dia sentiasa mengikuti. Dia boleh kata dia berserabut dengan aku dan bertanya aku sakit apa bila orang tidak respon dan apakah aku kena membayar kerana menguruskan group sebagai admin.

Sesuatu yang menyentuh perasaanku. Dia mendakwa dia baca tulisanku.  Sebenarnya aku tidaklah mengharapkan semua orang membaca tulisan aku. Siapa aku untuk merasa besar begitu. Tetapi kalau dia membaca tulisanku, dia akan tanya apa penyakit yang sedang kuhadapi sebab dalam tulisan aku yang terakhir itu ada menyentuh tentangnya. Sebalik dengan sinis dia menanyakan aku, aku sakit apa bila orang tidak hantar mesej atau respon kepada mesej.

Memanglah sesuatu yang melukakan. Itulah sebab isteri aku tak bagi bercerita. Dia tak mahu aku terluka. Tetapi aku terluka bukan kerana orang ignore sakit aku tetapi kerana aku ditanya, aku sakit apa bila orang tidak send, atau respon mesej.

Sebenarnya aku "care" terhadap group yang aku tubuhkan dan mengharapkan ianya menjadi penghubung ahli-ahli. Bila ianya tidak lagi diperlukan tidaklah salah bila aku menyarankan untuk menutupnya sahaja. Aku mengharapkan respon yang lebih positif bukan respon yang begitu sinis aku sakit apa bila orang tidak send atau respond kepada mesej.

Sekian dulu nukilan aku. Sekurang-kurangnya ada Tulisan untuk dibaca bagi yang sudi mengikuti. Maaf kepada yang merasakan tulisan saya merugikan ruang whatsapp group tuan-tuan yang amat berharga. Admin bolehlah menasihatkan saya agar tidak lagi mengantar Tulisan ke group anda. Saya terima dengan senang hati.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...