Setelah mengisi petrol ke keretaku di Petronas dan keluarkan duit dari ATM , aku tidak mencari makanan di Pelangi Semenyeh sebalinya terus memandu arah pulang kerana kononnya ada Pasar Tani di Tasek Kesuma.
Sampai di Tasek Kesuma cari tempat letak kereta yang kosong pun payah. Akhirnya aku letak keretaku agak jauh tapi kudrat berjalanku masih ok. Aku lihat susuk badanku,betulkah ada penurunan berat badan. Isnin baru ni staff nurse HUKM bertanya aku sekiranya ada mengalami penurunan berat badan yang drastik. Aku dengan yakin menjawab tak ada. Tadi aku tanya dua orang rakan semasjid. Dia orang kata tak ada pun aku kelihatan susut. Rasa lega. Tapi dalam whatsapp orang rumah aku kata yer, bimbang gak le.
Hasrat hati nak cari sotong kangkong. Sudah sepuluh tahun aku berpantang kerana konon sotong tu penyebab yang tinggi juga berlakunya gout. Tapi sekarang aku sudah tidak mahu berpantang yang melampau. Ada kesempatan, makanlah. Selagi ada selera dan kudrat untuk makan.
Jenuh juga aku ronda dari hujung ke hujung tetapi tidak ada. Dengan rasa kecewa menapaklah aku ke RH Restoran berhampiran. Cadang nak minum sahaja.
Aku duduklah di sebuah bangku di sebuah meja. Tak adalah sesiapa yang datang bertanya. Kalau aku sapu bontot aku dengan Hormon Seradix penggalak akar , dah berakar dah punggung aku.
Lalulah orang kuat restoran. Kalau kat kedai mamak, cashier tu dah kira second boss lah tu. Tak ada siapa tanya pun, aku komplain. Barulah bertanya apa aku nak minum. Aku order Lai Chee Kang. Tak lama kemudian, dia datang semula. Bahan semua tak ada. Ok bagi saya ABC tapi tak mahu susu. Susu cairpun tak mahu? Dia bertanya Tak mahu aku confirm. Tunggulah pulak. Tak lama lepas tu datang pula tukang buat air. Semua bahan sudah tak ada. Pulak. Akupun bangun menapak ke kedai lain di blok lain dan hujung blok. Jenuh jugalah. Malas nak cakap apa-apa.
Lai Chee Kang ada? Tak ada. ABC ada? Tak ada. Laici ada. Bagilah laici. Minum sini ke bungkus? Minum sini. Dan aku pun duduk menunggu. Eh tunggu punya tunggu tak juga sampai. Apalah nasib aku hari ini. Sapu hormon pengakar kat bontot sure berakar. Aku bangun ke arah tempat membancuh. Tak ada tanda ada air Laici. Malas cakap banyak, aku terus menapak ke kereta dan memandu pulang.
Cadang nak beli setin Laici, buat sendiri di rumah. Untuk itu aku mesti melepasi simpang ke rumah aku. Alang-alang dah kedai runcit tu dekar kedai makan, menapaklah aku ke kedai makan. Give up aku belum datang lagi.
Ada ABC? Tak ada. Ada Lai Chee Kang? Tak ada. Bagilah air laici.
Minumlah aku sudahnya air laici gelas besar, banyak buahnya dan banyak juga airnya. Jenuhlah aku menghabiskannya sebelum balik.
Sesekali cerita santai ringan-ringan dah lah. Inipun belum tentu ada yang baca.
No comments:
Post a Comment