Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 74

Abang menjadi guru selepas tamat pelajaran di Darjah 7. Masa itu lulusan Darjah 7 sudah layak menjadi guru di bawah skim *TUOS* ( Teacher Under Other Scheme ). Aku cuba google untuk memahami atau menulis dengan tepat tentang TUOS tetapi gagal. Aku harap masih ada pesara guru selain abang aku yang terlibat dalam skim ini yang masih hidup untuk mengiya atau membetulkan tulisan aku.

Abang aku ditempatkan di Sekolah Melayu (Kebangsaan) Matang Jelutong Bagan Serai. Suatu kampung kecil di Bagan Serai yang terletak di antara Bagan Serai dengan Selama.
Aku ingat ketika  pergi menghantar abang ke sana. Tapi aku ingat-ingat lupa dengan kereta siapa kami pergi. Kalau tidak silap dengan kereta Ketua Kampung kami yang bernombor A82 . Abang ditumpangkan di rumah orang yang kami panggil Pak Mat. Dulu ramai guru-guru terutamanya perempuan atau pekerja-pekerja lain yang duduk bayar makan dan tempat tinggal di rumah orang. Masih agak jarang tetapi ada yang duduk dalam kumpulan 3-4 orang di rumah bujang. Tinggal duduk dan makan minum di rumah ibubapa sendiri seperti sekarang jauh sekali kerana selalunya bekerja jauh beratus batu atau puluhan batu dari rumah sendiri.
Sejak itulah aku hanya akan berjumpa abang aku apabila cuti sekolah. Hati-hari yang lain aku hanya hidup berdua dengan ibu.
Abang rajin memperbaiki dan mempertingkatkan akademiknya. Dia belajar sendiri dan mengambil peperiksaan LCE, SPM dan STP. Dia mendapat Sijil Penuh STP tetapi selepas itu dia tidak meneruskannya untuk memasuki universiti. Aku bangga dengan kegigihan abang aku. Dia juga diterima memasuki Maktab Perguruan Bahasa dan bertukar dari mengajar di sekolah rendah ke sekolah menengah. Puncak kerjaya abang ialah apabila dia ditarik ke JPN Perak dan dilantik sebagai Penyelia Mata Pelajaran Sejarah. Aku ditarik ke JPN Perak
selaku Penolong Pengarah ( Teknik dan Vokasional ) pada tahun 1991. Sempatlah bekerja di bawah satu bumbung dan satu unit iaitu Unit Kurikulum bersama abang. Dia bersara di JPN Perak pada tahun 1997.

Bila tahu abang akan balik ke kampung, aku akan tunggu abang di pintu jalan batu merah  kampung kami Kampung Tanjung Ara atau dikenali juga sebagai Kampung Jawa kerana lebih kurang separuh daripada penduduk kampung kami adalah suku kaum Jawa. Aku akan menunggu walaupun tak tahu bila abang akan sampai kerana mana ada kemudahan telepon masa itu. Abang biasanya balik menaiki bas loncat kerana belum ada kenderaan sendiri. Dari Bagan Serai ke Taiping, dari Taiping ke Beruas dan dari Beruas ke Parit.

Kebiasaan abang aku yang masih kukenang ialah di hari pertama dia sampai ke rumah, dia akan memberi aku Teka Teki atau Kuiz ( ketika itu perkataan kuiz tidak wujud yang wujud ialah masalah atau dialek Perak masaelah. Aku kenalah mencari jawapan kepada teka teki atau masalah itu. Yang menyiksa perasaan aku ialah abang tidak akan memberikan jawapan kalau aku gagal menjawabnya sehinggalah hari terakhir dia di kampung. Begitulah selalunya. Menangislah. Merayulah abang tidak akan menberikan jawapannya. Bila dia hendak balik ke Bagan Serai barulah aku mendapat jawapannya.

Itulah antara kenanganku terhadap abang. Nanti akan kuceritakan kenangan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...