Tulisan saya kali ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah petikan atau penulisan secara bebas dari tazkirah yang saya ikuti sementara yang saya tulisan sebagai tsmbahan itu adalah dari pemerhatian dan pandangan saya sendiri.
Tazkirah selepas solat Subuh 29 hb. Mac 2018.
Sepasang suami isteri yang berstatus kaya, membawa ibu mereka ( salah seorang dari mereka, tidak dinyatakan ibu siapa. Tak silap ibu si suami ) tinggal dengan mereka.
Ibu yang sudah tua dan uzur itu banyak merosakkan harta benda mereka dan mengotori rumah mereka hingga mereka merasa marah lalu pergi menemui seorang ulama.
Si suami menceritakan kepada ulama tersebut tentang ibunya nerosakkan harta benda dan mengotori rumah mereka.
Bila dia habis bercerita, ulama.itu tidak respon sebaliknya suruh ulang semula.
Lelaki itu mengulang semula ceritanya sampai habis. Ulama tersebut masih juga menyuruhnya mengulang lagi hinggalah sampai tiga kali. Lepas itu ulama itu berkata.
Segala apa yang kamu miliki dan dirimu sendiri adalah milik ibumu kerana dia yang melahirkan kamu. Jadi tidak boleh mendakwa ibu kamu merosakkan dan mengotori harta benda kamu.
Segala milik kita adalah milik ibu kita. Tetapi kita semua termasuk ibu kita adalah milik Allah. Kita hanya meminjamnya.
Taatlah kepada ibu dan juga bapa. Jangan sekali - kali meninggikan suara walau cuma berkata oh.
Tambahan:
Ramai anak yang menyahut " Apa?" bila ibu memanggil. Ini sangat - sangat biadab kerana seperti mempertikaikan atau mempersoalkan kenapa ibu memanggilnya.
Sepatutnya sahutlah " Ya".
Kalau nak sambung sambunglah, " Ya, kenapa ibu? " atau " Ya, ada apa ibu memanggil saya" dengan nada yang sangat lembut.
Ingatlah redha Allah kepada kita bergantung kepada redha ibu kita. Para isteri pun , ingatlah, redha Allah bergantung kepada redha suami anda. Jadi patuh dan taatlah kepada suami anda selagi suruhannya atau tegahannya tidak menyalahi hukum Allah.
Jangan anggap ringan perkara ini .
No comments:
Post a Comment