Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 3

Dalam usia 70 tahun sekarang, terasa banyak sangat yang kosong dan banyak sangat persediaan yang perlu dilengkapkan.
Semoga ianya sempat kulakukan sebelum dipanggil Allah untuk berangkat.

Usia 70 tahun pada hakikatnya adalah usia yang sudah menghampiri kematian, walaupun mati adalah urusan Allah yang kita tidak tahu bila.

Biasanya usia tua dikaitkan dengan kematian tetapi syarat mati bukannya tua. Jadi keinsafan dan kesedaran, begitu juga persediaan harus bermula dari usia muda atau paling tidak pada usia anda sekarang.

Begitu juga sakit selalu dikaitkan dengan mati , namun syarat mati tidak semestinya sakit. Jadi yang sihat juga harus bersedia.

Seperti menghadapi peperiksaan, kalau persediaan kita mantap, kita tidak gentar menghadapinya. Begitulah jika persediaan untuk ke akhirat sudah mantap, kita tidak akan takut menghadapi kematian.

Oleh itu sebagaimana kita hendak menghadapi peperiksaan, untuk ke akhirat apatah lagi ke syurga, maka kita perlu bersedia.

Dalam  menghadapi peperiksaan, kita sudah  tahu bila tarikh dan masanya lalu kita ada study week atau malam ini kita membaca untuk besok. Tetapi kematian kita tidak tahu bila tarikhnya, maka persediaan harus bermula dari sekarang bagi yang belum bermula, kemaskan bagi yang belum kemas.

Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan untuk yang membaca pesanan ini.

Seperti hendak pergi hari keluarga, setiap orang ahli keluarga harus bersedia dan harus membantu supaya semua ahli keluarga sampai ke destinasi dengan selamat dan enjoy.

Dalam menghadapi akhirat pun begitu. Kalau ayah/bapa/ketua keluarga  sahaja yang bersedia, isteri dan anak - anak tidak bersedia, kita tidak sampai ke sana bersama. Malah ayah atau ketua keluarga juga mungkin tidak sampai kerana isteri dan anak - anak boleh mendakwa si ayah atau si suami tidak mengajarkan, tidak mendorong, tidak membimbing untuk ke sana. Malah kalau si ayah/bapa/ketua tidak menegur nusyus isterinya, tidak menegur pelanggaran perintah Allah oleh isteri dan anak - anak  , dia juga jauh dari dapat memasuki syurga Allah.

Jadi sebagai ayah / ketua keluarga tanggungjawabnya amat berat dan perlu kerjasama isteri dan anak - anaknya . Isteri dan anak - anak harus sama - sama menyediakan diri untuk jadi penyumbang untuk sama - sama ke syurga, bukan sebagai penghalang untuk ke sana.

Jadi tulisan kecil ini, hendaklah dianggap sebagai peringatan kepada  seorang ayah/bapa atau ketua keluarga untuk menunaikan tsnggungjawabnya.

Kepada yang berstatus isteri atau anak-anak , terimalah teguran atau bimbingan suami/bapa/ketua keluarga dengan hati terbuka.

Penerimaan isteri dan anak - anak amat penting untuk dapat bersama - sama pergi ke sana ( syurga ). Kalau teguran - teguran dan saranan - saranan dipandang secara negatif sebagai sindirian, tunjuk baik dan sebagainya, maka tujuan ikhlas seorang ketua keluarga akan menjadi sia - sia .

Jum bersedia tidak kira status kita sama ada sebagai ketua keluarga, isteri - isteri atau anak - anak..

Semoga Allah merahmati kita semua.

Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...