Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 39

Apa pandangan anda apabila melihat seorang lelaki berusia 60an atau lebih yang sedang duduk di dalam koj ETS , membaca dengan khusyuknya novel TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK karya Prof. Dr. Hamka atau DEBU CINTA BERTEBARAN karya Achdiat K. Mihardja ?

Eh dah tua pun masih baca novel?  Novel cinta pulak tu.

Mungkin itu yang anda fikirkan. bukan? Sedangkan kedua-dua novel cinta tersebut adalah karya penulis-penulis tersohor. Cinta yang digarap dalam novel itupun bukan cinta picisan  dan dikupas dengan cukup berilmu.  Adil tak rasanya?

Mungkin orang tua yang sedang membaca novel ini seorang pembaca yang serius yang ingin melihat bagaimana cinta dari kaca mata seorang ulama  ( Jangan lupa Hamka juga seorang ulama tersohor disamping  seorang penulis yang juga tersohor. Anda kenal Hamka sebagai seorang ulama atau seorang novelis? Atau kedua-duanya sekali ? Atau tak kenal langsung? ) atau dari kaca mata seorang penulis / journalist yang matang seperti Achdiat. Jangan lupa penulis novel LOVE STORY yang terkenal hingga dicetak berulang iaitu Eric Segal ialah seorang Profesor.

Malangnya persepsi kita, bila orang tua mestilah pegang dan baca buku agama atau buku pengurusan atau motivasi sahaja atau bacalah harian Metro pun tak apa asal jangan baca novel apatah lagi novel cinta . Betul?

Tengok wayang APA ADA DENGAN CINTA lagilah janggal kut?

Persepsi-persepsi begitu , banyak membantutkan aktiviti yang hendak dilakukan yang nampaknya janggal tetapi tidak sebenarnya. Contohnya seorang dewasa  hendak masuk ke Cyber Cafe untuk membuat carian atau hendak membuat posting perkara-perkara ilmiah atau perkara yang berkaitan dengan kerjayanya. Ia sering dipandang serong kerana yang memenuhi cyber cafe ialah remaja-remaja yang gila games sahaja.

Betul kita boleh abaikan sahaja pandangan orang orang lain sedangkan kita tahu apa sebenarnya yang kita lakukan dan nawaitunya. Tapi tidak selesa juga kan kalau orang asyik jeling-jelingnya novel yang sedang kita baca ?.

Kalau pegang novel Aisya Sofia atau penulis-penulis novel popular yang lain lagilah kan? Itu bacaan remaja atau wanita-wanita sahaja.

Fikir-fikirkanlah. Sekian dulu. Boleh diperluaskan lagi perbincangan ini. Tapi kemudianlah. Nak send dah ni, nanti ada yang tanya, mana tulisan hari ini.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...