Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 34


Saya cukup tidak selesa kalau jam ( tidak kiralah jam dinding, jam tangan, jam di deskboard kereta, jam di hp malah jam apa saja dan di mana saja ) , tidak menunjukkan waktu yang tepat. Berbeza seminit dua pun sudah tidak selesa bagi saya.

Jam menunjukkan waktu, waktu pula menyusun aktiviti harian  kita. Waktu solat kita, waktu kerja kita, waktu perjalanan kita dan berbagai lagi. Oleh yang demikian waktunya  mesti tepat. Kalau tidak tepat hendak menyelaraskan aktivi dengan pihak lain pun payah.

Saya sentiasa pastikan jam di tangan saya , di hp saya dan di deskboard kereta saya menunjukkan waktu yang amat sama dan waktu itu mestilah pula tepat . Bila radio kereta saya mengumuman waktu, semua jam yang disebutkan tadi menunjukkan waktu yang sama hingga ke minit dan saat kalau boleh.

Masa di Mekah dulu saya rasa bangga sangat bila azan Masjidil Haram berkumandang serentak dengan azan di HP saya. 3 - 4 dapat tepat begitu. Kalau di waktu yang lain ia berbeza pun adalah lambatnya muazin melaungkan azan. Mungkin membetul-betulkan kedudukan pembesar suara barangkali.

Sesetengah orang menetapkan jam tangan atau jam dinding atau  jam keretanya 10 minit atau lebih , lebih awal dari waktu sebenar kononnya supaya dia sentiasa mendahului masa. Akan tetapi ianya tidak bermakna bila dia sendiri tahu dan sedar jamnya 10 minit atau lebih ,  lebih awal. Lalu tercetuslah  dialog begini:

- Jangan risaulah jam I tu I awalkan 10 minit.

- Ala lambat lagi. Sebenarnya jam i tu cepat.

- Abang kalut sangat fasal apa? Kan ke jam tu cepat 10 minit.

Banyak dialog lagi yang menunjukkan ia tahu waktu yang sebenar cuma pada jam tangannya, dan jam - jam di tempat yang lain, ia letakkan waktu yang lain.
Jadi maksud asalnya tidak kecapaian.

Jam di masjid yang selalu saya kunjungi awal 2 minit dari waktu sebenar. Jadi azan dikumandangkan sebelum waktu solat masuk. Memang selepas azan, doa azan dan solat sunat qabliah, waktu kita berjemaah solat pardu, waktu sudah masuk. Tetapi persoalannya kita azan sebelum masuk waktu. Lebih malang nanti kalau di bulan Ramadhan, qariah menjadikan azan masjid sebagai tanda masuk waktu berbuka.

Saya ada menyebutnya pada imam dan rakan-rakan tetapi tiada pembetulan dibuat setakat ini. Ironinya agak ramai juga yang tahu jam masjid itu awal tetapi ambil sikap tidak kesah kerana dah terbiasa dan tak rasa kesan tidak betulnya.

Saya juga rimas bila penggera jam atau hp di set pada pukul 5 pagi tetapi setiap pagi dibiarkan penggera "melalak" tapi si tukang set tetap bangun pada pukul 6 pagi.

Persoalannya kalau memang nak bangun pukul 6 pagi kenapa set pukul 5 pagi ?

Cantik kalau ada jam besar di tengah-tengah bandar tetapi sakit jiwa melihat jam.besar itu tidak berfungsi. Ada yang jarumnya memang tidak bergerak langsung. Ada pulak jam besar yang ada empat muka tetapi keempat-empat muka tersebut menunjukkan waktu yang berlainan.

Akan tetapi jangan ketawa bila saya beritahu saya pernah memakai jam rosak buat beberapa ketika apabila jam yang elok hilang di masjid. Kenapa saya pakai jam rosak tu? Sebab terasa kosong atau kata orang Perak loncos, bila tak pakai jam.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...