Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 30

Saya bertandang ke rumah kawan sepermainan saya ketika membesar di Parit dulu. Banyaklah perkara yang kami bualkan termasuklah tulisan-tulisan saya yang menurut katanya, dia ikuti.

Kemudian dia menyarankan saya menulis isu restoran iaitu restoran makanan Melayu.

Saya agak tercari-cari juga bagaimana saya nak mengemuka perkara ini. Saya tidak ada data tetapi saya ada fakta. Faktanya pun harus dibincangkan sejauh mana betulnya kerana tidak ada kajian terperinci mahupun kajian rambang yang saya lakukan. Ada tak adanya ialah hasil pemerhatian dan tanggapan saya sendiri.

Jadi rasanya lebih baik tulisan kali ini dalam bentuk mengemukakan persoalan-persoalan yang setiap pembaca boleh berfikir dan mengemukakan cadangan.

Persoalan yang dikemukakan oleh kawan saya ialah kenapa kedai makan Melayu jarang beroperasi 24 jam ?, malahan kalau ada yang beroperasi siang dan malam ,  sekerat hari kedai nasi berlauk dan sekerat hari lagi menjual makanan bergoreng atau makanan Ala Thai.

Kawan saya ini membayangkan restoran masakan Melayu yang pada bila-bila masa kita ingin nak makan masakan Melayu ada tersedia. Kebanyakan yang beroperasi sekarang, sama ada siang sahaja atau malam sahaja. Restoran yang buka siang sahaja itu biasanya yang menyediakan nasi dan beraneka lauk pauk. Resoran yang buka malam sahaja biasanya menjual makanan ala Thai bukan makanan Melayu.

Restoran yang hanya buka siang atau malam sahaja ini bak kata kawan saya tu rugi dari segi kos kerana kegunaan perimis tidak penuh. Restoran yang buka siang dan malam pula seperti saya sebut di atas tadi, malamnya lebih kepada masakan Thai atau Western. Jadi
kata kawan saya, kalau kita tiba - tiba teringin nak makan ikan patin masak tempoyak, kena tunggu siang lah pulak.

Saya beri pandangan saya kepada kawan saya tu, ikut kebiasaan, tak pasti sejauh mana betulnya, tetapi betul bagi diri saya, selepas pukul 2.00 petang, saya dah tidak berminat makan nasi dengan lauk pauk tetapi lebih selesa makan nasi goreng atau makanan berasaskan mee atau bihun. Oleh yang demikian jual nasi dengan lauk pauk di sebelah malam kurang mendapat sambutan.

Seperkara lagi berbanding dengan lauk pauk di kedai mamak yang tidak menggunakan santan, lauk pauk kita menggunakan santan yang mudah menjadi basi.

Kalau nak diwujudkan restoran masakan Melayu yang beroperasi siang dan malam pun boleh, ini mungkin satu pendekatan baru yang belum orang buat, iaitu masakan Melayu yang disediakan atas permintaan macam makanan Thai. Tapi harga kena "up"lah sikit.

Dengan wujudnya Restoran berkonsep begitu maka terjadilah pesanan seperti ini:

Beri  nasi putih 2, tumis kangkung untuk 1 orang makan 1 , patin masak tempoyak untuk satu orang makan 1 . Saya nak bahagian kepala.

Ada yang nak mulakan restoran konsep begini?

Silakan, jangan lupa jemput saya makan free di hari perasmian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...