Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 29

Saya teringat kata - kata Cikgu Tusyen Sejarah saya suatu  masa dulu. Dalam loghat Parit yang pekat dia berkata " Ngajo sejarah ni bukannye susah. Bagi setengah jam ke bagi satu jam ke itu juge ceritanye."

Bagi saya yang pernah berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun ( termasuk cuti belajar) , sebelum berkhidmat di JPN untuk 14 tahun berikutnya, kata-kata itu mudah difahami.

Dengan kandungan pelajaran yang sama, kita boleh sampaikan sepenuhnya dalam tempoh masa yang berbeza , bergantung kepada kaedah , pendekatan atau pengelohan isi pelajaran itu sendiri.

Pendekatan ini sepatutnya dipelajari atau diamalkan oleh semua yang mengajar, tidak kiralah sama ada  anda seorang cikgu yang mengajar murid di dalam kelas atau anda seorang ustaz yang menyampai pengajian agama di surau-surau atau masjid.

Saya sentuh perkara ini kerana kerap kali seorang penceramah/ustaz yang menyampai ceramah atau pengajian gagal memanfaatkan waktu yang sepatutnya hanya dari lepas maghrib hingga masuk waktu Isya. Sedangkan kalau dirancang dengan sempurna, kandungan yang nak disampaikan, boleh sahaja selesai sebelum masuk waktu Isya.

Ramai yang terlajak sehingga melebihi waktu Isya. Ada yang berhenti untuk memberi laluan azan Isya dilaungkan  kemudian sambung semula dengan pengajian, ada juga yang terus mengajar, setelah selesai, hanya iqamah sahaja sebelum mendirikan solat  sebab waktu melaungkan azan sudah berlalu. Ada yang memakan masa yang amat panjang meneruskan ceramah/pengajiannya sebelum solat Isya berjemaah didirikan.

Saya pernah singgah untuk bersolat Isya di masjid sebelum mengambil isteri di tempat kerjanya. Oleh kerana penceramah terus juga berceramah walaupun waktu Isya sudah agak lama berlalu, terpaksalah saya solat sendirian kerana tak tahu bila beliau akan berhenti sedangkan saya ada urusan mengambil isteri di tempat kerja.

Pernah pula seorang ustaz mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan pengajarannya yang menggunakan kitab/buku yang tebalnya cuma 0.5 cm. Hingga dia sendiri bersunggut, dah dekat setahun ,( 2 tahun? , saya tak ingat sebab dah lama) kita masih tak habis buku ni. Macamana nak habis?

Masih juga masalahnya gagal memanfaatkan waktu pengajaran.

Katakan ada 8 sub topik bagi topik itu. Kalau guru mengajar di dalam kelas mungkin boleh disampaikan dalam satu waktu 40 minit atau lebih-lebih pun waktu berkembar 80 minit. Tapi ustaz ini ambil sepenuh masa hanya untuk satu dua sub topik.

Di sini masalahnya bukan sangat kepada tidak merancang pengajaran tetapi lebih kepada menyalahgunakan waktu pengajaran.

Dia baca satu sub topik, dia ulas sebaris dua ayat, lepas itu kutuk Dr M kaw kaw punya kutuk. Masa itu masa Dr M jadi PM yang 22 tahun tu. Baca lagi satu sub topik, ulas sedikit, kutuk pula kerajaan kaw kaw punya kutuk hingga memperbesarkan Jalan Kuala Kangsar ( jalan lama Ipoh - Kuala Kangsar ) pun salah di matanya. Macamana nak habis pengajaran macam tu?

Berbalik kepada pengajaran melebihi waktu tadi, satu perkara yang pengajar/penceramah kena tahu, daya tahan orang dewasa memberi tumpuan hanya sekitar 25 -30 minit, sahaja sebab itu dalam kursus kita selalu beri ," take five" , rehat 5 minit.

Seperkara lagi, jemaah dah set dalam minda dia, ceramah/pengajian habis bila masuk waktu Isya. Jadi masuk sahaja waktu Isya, minda dia dah switch off. Jadi yang berjela-jela selepas itu dia tak dengar atau tidak tumpu dah, kecuali ceramah yang berkobar bakar semangat atau yang kutuk orang kaw-kaw. Itu lain.

Jadi sesiapa yang terlibat di dalam memberikan/menyampaikan pengajaran, elok ambil berat perkara ini.

Maaf kalau ada yang tidak setuju dengan aliran pemikiran saya.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...