Sedang saya berjalan di ruang masjid, hp saya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin.
En. Yahya ke ini?
Ya saya, jawab saya.
Masih tidak tahu siapa yang membuat panggilan. Rakan SAS, pembaca Tulisan atau siapa?
Saya Bilal, dia memperkenalkan diri. Encik Yahya di mana? Sambungnya.
Masjid Al Najihin, jawab saya.
Buat apa? Tanyanya.
Tadi saya solat zohor.
Ada hilang barang tak?Tanyanya.
Saya menghitung , hp ada, cermin mata ada, power bank ada, kunci keretapun ada, saya beritahu.
Dompet ? Tanyanya. Ohh yer, dompet saya.
Selalu tidak saya bawa ke dalam masjid. Saya ambil sejumlah wang yang saya perlu sahaja. Selalu dompet saya tinggalkan di kereta. Tapi tadi saya terbawa dompet sekali ketika nak makan. Lepas makan rojak dan cendol, saya masuk ke masjid ikut sisi lain dari tempat saya parking kereta.
Malas nak hantar dompet ke kereta teruslah di tangan saya.
Bila masuk waktu solat saya pun ke bilik wuduk. Di situlah dompet tu tertinggal. Inipun kerana saya tidak patuhi amalan biasa saya. Amalan biasa saya ketika hendak berwuduk, saya kira jumlah barangan yang saya tanggal. Contoh : Songkok , cermin mata, cincin , hp dan kunci kereta bermakna 5 item. Semasa lepas wuduk saya kira semula songkok, cermin mata, cincin, hp dan kunci kereta semuanya 5 tally dengan jumlah yang saya letak tadi. Jadi tiada apa yang tertinggal. Tapi hari ni entah kenapa saya tak melakukannya.
Amalan di atas saya lakukan sebab sering tertinggal sesuatu di tempat wuduk apatah lagi di atas rak di atas kepala . Serik dah. Tapi hari ini berlakukan juga.
Saya temui Bilal itu kemudian dan bertanya bagaimana dia tahu no hp saya. Rupanya dari kad Total Quality Group saya. Katanya, dia juga sering menelefon bank menerusi maklumat kad ATM bagi mendapatkan nombor telefon. Syukur ada Bilal yang perihatin begitu.
Tadi saya ada buat pengumuman tapi saya perhati tiada yang respon katanya. Rupanya pengumuman yang dibuat semasa saya solat sunat kabliah tadi tu tentang dompet saya.
Saya tak dengar pertamanya sedang solat keduanya suaranya memang tak clear.
Dalam pertemuan singkat tu sempat juga bersoreh ( istilah Perak untuk tahu latar belakang terutamanya kalau nak pastikan hubungan kekeluargaan. Dalam kes ini untuk tahu latar belakang je le. ) Rupanya diapun orang Perak. Orang kita, Yob.
Orang Perak di mana-mana hi hi.
No comments:
Post a Comment