Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 27

Kita merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Ungkapan yang selalu didengar dan diungkapkan. Ianya memang benar. Ada yang kita rancang tetapi tidak menjadi. Ada sesuatu yang tidak kita rancang , tetapi ianya berlaku.

Macam pagi ini, aku tidak merancang pun untuk membuat senaman berjalan kaki tetapi aku telah berjalan kaki mengelilingi Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang terletak berhadapan dengan HUKM, Bandar Tun Razak.

Bagaimana pula tu? Ia bermula bila aku pergi ke Pusat Komuniti Bandar Tun Razak dengan hasrat nak membeli surat khabar. Lar tak berjual pula penjual surat khabar tu hari ni. Kalau dia berjual , aku biasanya lepak sekejap di Pusat Komuniti itu yang ada pelbagai kemudahan termasuk tandas.

Memandu terus ke hadapan, tak berhasrat pula nak pergi sampai ke Petronas di Bandar Seri Permaisuri hanya kerana nak membeli surat khabar, lalu aku berhenti berhampir Flat Kuda. Flat perumahan yang aku tak pasti namanya tapi digelar Flat Kuda kerana berhampiran dengan Stable Kuda DBKL di suatu sudut Taman Tasek Permaisuri.

Aku berhenti di situ atas dua sebab. Menunggu pukul 9.30 untuk urusan bank dan melayari whatsapp2 group , menjawab mana yang perlu dan mengemaskini tulisan yang akan dihantar seperti biasa ke whatsapp2 group tertentu.

Tetiba terasa hendak buang air tetapi tidaklah masuk kategori cemas.
Start enjin kereta dan bergerak ke tandas "kegemaran" aku di tepi Taman Tasek Permaisuri berhampiran Masjid Saidina Usman.

Eh agak lama tak singgah, rupanya kawasan tu sudah berpagar dengan zink, mungkin ada pengubahsuaian yang sedang dilakukan. Haru juga.

Teruskan pemanduan ke tandas kedua "kegemaran" aku, juga tandas Taman Tasek Permaisuri yang berdekatan dengan Kompleks Renang Kuala Lumpur. Tak lama menunggu ada orang mengosongkan ruang parking. Parkinglah aku dengan amat selesa.

Matikan injin kereta, kunci dan terus menapak ke tandas yang berkenaan. Dari jauh dah nampak gril pintu tertutup. Tapi pergi jugalah sebab ada ternampak kelibat petugas. Mungkin baru nak buka selepas dicuci. Memang betul tutup.

Tutup ke? Biasalah bertanya untuk kepastian. Tutup Encik, tangki bocor, jawab petugas di situ. Pulak! Semua tutup ke? ( maksud aku semua tandas di Taman Tasek Permaisuri).

Tidak Encik, sana tu buka. Waduh! Yang dimasukkan dengan sana tu ialah di seberang sebuah tasek yang kalau kita exercise jalan kaki, satu pusinganpun dah memadai untuk warga emas.

Aku mulanya hendak menapak ke situ tetapi tak jadi kerana memang jauh. Lalu berpatah balik menuju ke kereta.

Nampak seorang Cina senang membuat pemanasan badan berhampiran kereta aku.

- Kat stadium ada tandas tak?

- Sana ada tandas (dia tunjuk tandas yang aku pergi tadi)

- Tutup tangki bocor, balas aku.

- Sini ( stadium ) saya pun tak biasa. You cubalah, katanya.

Aku  bukan peminat tegar sukan bola sepak dan stadium bola sepak pun baru pergi sekali menonton bola sepak. Itulah kali pertama dan terakhir sepanjang usia aku, aku pergi. Kat Stadium Perak. Negeri Sembilan lawan Perak. Perak kalah pulak tu.

Atas keadaan itu manalah aku tahu susun atur stadium. Aku cuma mengjangka dan mengharapkan, ada tandas di suatu sudut di luar stadium. Habis satu stadium aku kelilingi, memang tak ada.

Terus ke kereta, start kereta dan tinggalkan parking menuju ke tandas yang dikatakan buka itu. Mujur aku sampai saja dah ada orang nak mengosongkan parking.

Aku selalu melawak dengan isteri atau sesiapa yang bersama aku mengatakan, orang memang sediakan parking untuk aku.

Pendek cerita sempatlah ke tandas. Sempatlah tanggal seluar. Dan segalanya berjalan lancar. Hi hi.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...