Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 26

1970an, tanpa kereta sendiri dan tidak mampu menyewa teksi, dari Ayer Tawar di Manjong ke Bagan Serai di Kerian, terpaksalah naik bas loncat dari Ayer Tawar ke Beruas, dari Beruas ke Taiping dan dari Taiping ke Bagan Serai.

Begitulah aku suatu hari menaiki bas loncat ke Bagan Serai dengan hati yang penuh debar dan sentiasa bertanya dalam hati, sempatkah aku bertemu dia.

Dia ialah anak sulungku yang dibawa pulang ke Bagan Serai bersama isteri, ibu mertuaku dan bapa mertuaku. Yang lain mungkin adik-adik isteriku. Aku dah tak berapa ingat. Penuh sebuah kereta. Itulah yang memaksa aku balik dengan bas loncat bersendirian.

Anakku diserang cirit birit yang teruk. 14 hari sakit, beratnya turut 10 kg. Terlantar di pembaringan,  keadaannya begitu mengharukan. Kerana susut badan yang mendadak begitu, giginya sudah kelihatan menyeringai dan badan  seperti rangka. Sukar dipastikan apakah dia sedang tidur, pengsan atau sudah pergi.

Dalam keadaan begitulah arwah bapa mertua dan arwah  ibu mertuaku datang untuk membawanya balik ke Bagan Serai sedangkan aku tak dapat ikut bersama kerana tidak muat kereta.

Sebagai menantu dan anak pulak dalam keadaan begitu, mahu tak mahu aku kena akur.

Kulepaskan mereka bergerak dengan linangan air mata dan di dalam hati aku berdoa agar aku dapat bertemu anakku lagi.

Ramai orang menganggap hati seorang bapa tak sama hati seorang ibu, ramai menganggap kasih ibu mengatasi kasih seorang bapa. Betulkah tanggapan itu? Adil atau tidak pandangan itu? Kuserahkan kepada pembaca untuk menjawabnya.

Bila mereka sudah bergerak, akupun berkemas apa patut, mengunci rumah sebaiknya, berjalan kaki dari rumah ke jalan besar dengan hati yang sentiasa berdoa " Ya Allah,  panjangkan usia anakku. Ya Allah sempatlah hendaknya aku bertemu semula dengan anakku."

Dalam bas, dalam perjalanan, itu jugalah doa dan harapanku. Biarpun air mata tidak menitis tetapi tetap bergenang. Aku antara yakin dengan tidak dilanda persoalan : apakah aku akan bertemu anakku masih hidup atau berita kematian yang akan aku terima?. Dalam usia yang masih muda, tidak pasti ketika itu apakah aku pernah melafaskan perkataan redha atau terlintas meredhakan apa saja kemungkinan.

Bas yang aku tumpangi berhenti di jalan besar untuk menurunkan penumpang kemudian terus ke Parit Buntar.

Menapaklah aku menuju ke rumah mertuaku sejauh hampir 1 km kukira jaraknya dari jalan besar Bagan Serai-Parit Buntar. Hati semakin kencang debarnya. Doa semakin banyak kupanjatkan.

Aku sampai ke depan pintu rumah dengan debar yang semakin menghantui aku.

Tetiba ibu mertuaku keluar dari dalam rumah dengan anakku dipangkuannya.

Ya Allah, betapa aku menangis teresak-esak hingga diredakan oleh ibu mertuaku. Ya Allah aku bersyukur, kauterima doaku.
.
Syukur Alhamdulilah, anakku sembuh akhirnya, berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam kerjayanya.

Bapak sayang ....... ( nama anakku) dan sayang semua semua anak-anak bapak ( anak-anakku yang lain).

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...