Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 25

Tulisab saya kali ini masih berfokus pada kedai/gerai makan.

Semasa menuntut di UPM, bila pergi ke Cafeteria UPM , saya dan kawan saya akan tengok dulu siapa cashier yang bertugas. Kalau " Adik Ghani " yang bertugas, masa itu sesuailah untuk membeli makanan.

Bila sebut adik Ghani tu, bukanlah betul-betul dia adik kepada Ghani teman serumah kami. Tapi wajahnya mirip Ghani. Oleh kerana tidak tahu namanya, di kalangan kami lekatlah namanya adik Ghani.

 Kenapa tunggu adik Ghani bertugas baru beli makanan? Letak harganya agak murah dan kami pelajar tua yang belajar tanpa gaji ini, tahu apa lauk dan sayur yang mesti diambil untuk dapatkan harga RM1.30 waktu itu.

Jadi begitulah. Bila kami sampai Cafeteria, kami akan harapkan adik Ghani yang bertugas.

Isunya di sini ialah tidak ada keseragaman harga, ataupun tidak ada garis panduan meletak harga supaya antara seorang cashier dengan seorang cashier tidak jauh berbeza.

Semasa tinggal di Appartment Madu Mas, Jalan Ayer Madu off Jalan Ayer Panas, saya sering singgah sarapan di Istana Budaya. Dari pemerhatian saya,
cashier perempuan meletak harga lebih tinggi dari cashier lelaki.

Tidak tahu sejauh mana ianya benar. Tapi ia benar di Istana Budaya. Bila cashier lelaki digantikan dengan cashier perempuan, saya sudah tidak bersarapan di Istana Budaya sebaliknya di gerai makan  di sisi Istana Budaya.

Tentang menilai atau meletakkan harga makanan ini terutamanya nasi lauk taruh atas lah.

Maksudnya ambil nasi dan kemudian pilih lauk sendiri, saya suka jenis yang kita terus tunjuk dikaunter sebelum makan. Paling tidakpun juru nilai segera sampai ke meja sebelum kita menyentuh makanan kita. Saya cukup tak suka jenis yang " Makan dulu Encik "

Kenapa saya tidak suka?

Ada dua sebab utama. Pertama dia akan bertanya balik apa yang kita makan tadi. Satu kerja pulak. Kedua masa kita menerangkan apa yang kita makan, kita akan sebut, ...aa ikan bilis sikit, taugeh sikit..dan seterusnya.

Bagaimana penilaian sikit tu? Ikan bilis sikit. Sesudu? Sesenduk? Kalau dia tengok dari awal bukankah tepat penilaiannya?

Ada yang agak baik sikit, " Encik duduk dulu nanti kami sampai. Tapi yang tak baiknya, nak mula makan, makanan belum dinilai, nak tunggu tak tahu bila akan sampai.

Kalau tak sabar menunggu, kita makan dulu sehingga licin, maka berlakulah soal selidik " Encik makan apa tadi? ". Dan berlakulah semula, " ikan bilis sikit, jering sikit, telur sebelah...etc".

Biasanya saya akan tunggu juru nilai sampai baru mula makan. Selalu jugalah isteri mengomel,makan je lah.

Tentang harga ni memang pelbagai. Ada makanannya sedap-sedap tapi harga murah, ada makanannya sedap tapi dah tahu awal, harganya mahal, ada juga makanan tak berapa sedap hargapun murah. Apa yang tidak kena ialah rasa entah apa-apa tapi harga, Mak Datuk, mahalnya.

Apapun kalau dah sedia tahu, itu pilihan kita. Ada satu warung, apa soup pun sedap. Tapi kalau tak ada duit RM10 dalam poket, jangan dekat. Apa jenis sup dan apa jenis  minuman pun anda pesan, tak pernah di bawah RM10. Tapi anda puas hati kerana sedap. Apatah lagi kalau order yang pedas sampai menitik air mata atas meja hi hi.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...