Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 24

Kedai makan/restoran/warong saya bahagikan kualiti makanannya kepada tiga kategori.

Kategori pertama, bila makanan dihidangkan pada kita, rasanya memang enak tanpa perlu ditambah sos cili, kicap, serbuk lada hitam dsbnya.
Premis ini pasti saya akan singgah lagi dan war-warkan pada kengkawan.

Kategori kedua. Makanannya tidak berapa sedap macam yang pertama. Tapi melalui enovasi saya menambah itu ini, rasanya jadi ok untuk dimakan.
Primis ini bolehlah singgah lagi kalau sesak, tetapi tidaklah diwar-warkan kepada kengkawan.

Ketegori ketiga, makanan yang sampai sangatlah tidak enak, selepas menggunakan seluruh kepakaran menambah cili sos, kicap dsbnya, rasanya masih tidak mampu dienakkan.
Premis yang ini tidaklah saya akan singgah lagi, mengwar-warkan kepada kengkawan jauh sekali.

Ironinya tuan punyai kedai dengan konfidennya minta saya komen makanan masakannya. Saya tak komenpun. Dalam perjalanan balik saya beritahu isteri saya, karang kalau aku komen, mahu menangis dia hi hi.

Dari segi kepantasan melayan pelanggan pula, saya pernah buat ujian dengan kawan baik saya.

Saya singgah satu gerai Melayu, kami duduk sahaja tanpa memanggil pelayan kedai, sambil itu kami tengok jam, lepas 15 minit tiada siapa yang datang, kami bangun pergi ke kedai Melayu yang lain. Macam tu juga sehingga 15 minit. Lepas itu kami singgah kedai mamak. Belumpun letak punggung dengan sempurna di kerusi pelayan sudah sampai.
- minum ?
- makan ?

Kamipun buat pesanan dan pelayan berlalu. Tidak lama lepas ini minuman pun sampai. Sejuklah hati dan badan dapat minuman. Walaupun makanan mungkin lambat, kita dah terikat dengan diikat oleh air.

Seperkara lagi, pernah anda disergah?

Apa ni encik pagi-pagi mana ada duit tukar! Bila anda kata itu saja duit yang anda ada, dia berlalu dengan merengus dan menapak dari kedai ke kedai yang lain menanyakan duit pecah. Dan anda kena menuggu walaupun anda hendak segera sampai ke destinasi.

Masalahnya apa?
Persediaan.

Masa saya cuti belajar tanpa gaji, saya jual goreng pisang, cucur udang dll dengan harga 15 sen satu ( 1980an).

Apa saya buat? Saya bayangkan pelanggan datang dengan wang
RM 1 dan beli hanya satu. Saya mesti ada 85 sen. Kalau dia bawa RM5 dan beli hanya satu, saya perlu ada RM4.85. Kalau RM10, saya kena ada RM 9.85. Saya bayangkan hingga RM 50. Saya kena sedia RM 49.85.

Jadi saya tak ada masalah.

Yang penting berfikir, bersedia dan bersungguh-sungguh dalam apa saja yang anda lakukan.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh ditulis, tetapi saya ambil yang asas saja. Yang lain-lain ( meminjam gaya Nabil) Lu perhatilah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...