Memandu di Lebuhraya LEKAS sebelum masuk simpang ke Ecohill, mindaku menerawang ke Wira Aeroback PV2017 yang separa hangus yang sedang ditarik ke Beranang.
Tidak tahu di mana ia sekarang sebab tadi ditarik melalui jalan-jalan kilang di Bukit Angkat oleh kenderaan penarik sedangkan aku melalui Kg Simpang Balak, rentas ke Saujana Impian dan masuk ke LEKAS.
Kereta itu tidak.pernah sampai ke Beranang. Ia sudah bermasalah ketika aku pindah ke Beranang. Tetapi ia masih dalam keadaan yang sempurna cuma ada masalah pada enjinnya.
Jadi aku pindah ke Beranang bersama Viva WYT 578 kepunyaan anak perempuan aku, sedangkan Wira itu mulanya tersadai di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak sebelum dipindahkan ke Taman Sutera di Kajang.
Wira itu tidak pernah sampai ke Beranang. Suatu perasaan pedih yang anih tetiba menyelinap di hatiku. Kenapa hanya sekarang setelah ia dikira musnah baru ia dibawa ke sini?
Tetiba aku kaitkan episod kehidupan di dunia ini. Ada berlaku di mana seorang yang bergantung hidup kepada anak - anaknya terlalu ingin balik ke tempat di mana ia ada kenangan , tetapi kesibukan atau ketidakperhatinan anak - anaknya menyebabkan keinginan yang begitu menghantuinya tidak terpenuhi.
Cuma bila dia sudah menjadi jenazah, barulah kereta jenazah membawanya ke destinasinya yang begitu ingin dikunjunginya ketika hayatnya untuk dikuburkan. Sesuatu yang menyentuh perasaanku.
Di sini aku ingin berpesan kepada mereka yang bergelar anak, penuhilah hajat orang tua masing-masing semasa hayatnya supaya di hati kita tidak ada penyesalan.
Kalau tetiba anda teringat kepada orang tua anda, baliklah kunjungi mereka, jangan bertangguh. Tidak guna lagi kalau kita kita mengeluh kesal, " kalaulah aku balik minggu lepas" , " kalaulah aku balik masa bapa/ibu meminta aku balik hari tu" dan kata-kata penyesalan yang lain. Itu sudah tidak memberi apa - apa faedah dan seperti menyesali takdir.
Itu saja curitan aku kali ini.
No comments:
Post a Comment