Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 21

Ramai yang menasihati saya supaya redha dengan apa yang terjadi kepada saya yakni kejadian kereta saya terbakar itu. Tapi kesan kejadian itu meletih dan meremehkan.

Hari Isnin saya buat aduan di Balai Polis. Lamalah juga proses menunggu sebelum aduan selesai dibuat.

Hari Selasa kononnya saya hendak ke Balai Bomba buat laporan kebakaran tersebut dan sekali gus hendak ke Balai Polis lagi menyerahkan salinan geran. Kelalaian saya menyebabkan dompet dan kad pengenalan tertinggal di rumah. Gagallah usaha hari itu

Rabu, call Inspector yang menyiasat , berkali-kali tidak berangkat. Pergi sendiri ke Balai, dia bertugas di luar balai. Gagal lagi hasrat menyerahkan salinan geran disamping nak tahu status penyiasatan.

Kembali ke lokasi kejadian melihat kesan kebakaran. Memang teruk. Dua motor habis terus tinggal semata-mata rangka asas yang sudah hangus. Cermin kereta saya habis keempat - empatnya tidak boleh digunakan lagi. Dua dipecahkan untuk memadamkan api malam itu, satu lagi pecah kerana bahang panas lampau. Cermin depan depan menjadi hitam dek plastik tinted melebur dan melekat. Bahagian belakang dan tempat duduk musnah sama sekali.

Rupanya hasil bahang panas kebakaran menjejaskan 4 kereta yang lain.walaupun tidak dijilat api secara langsung seperti kereta saya. Dua tiga buah motosikal lagi terjejas kerana bahang panas itu. Dinding blok dan lantai blok ( bumbung parking) bertukar warna jadi macam warna koperat "Papa Rich".

Mangsa kebakaran motor yang jadi punca kebakaran kereta saya ada di situ. Dia dan isterinya menafikan dia ada musuh. Lojiknya ada pulak orang fokus bakar motor dia dan nak bakar rumah dia sahaja? Dah tu tak sepatahnya menyatakan kesal kerana orang nak khianat motor dia, kereta saya lagi teruk jadi mangsa. Memang meletihkan perasaan.

Khamis pergi lagi ke Balai dan masih tidak dapat berjumpa pegawai penyiasat. Saya bukan nak apa - apa dah cuma nak tanya kereta sudah boleh dipindahkan dari lokasi itu atau tidak . Saya tak mahu kereta saya memburukkan pemandangan dan sekali gus saya boleh membuat keputusan nak repair atau nak jual sebagai kereta potong atau besi buruk. Akhirnya saya disambungkan kepada pegawai itu yang saya rasa bercuti. Dapat tahu kereta saya boleh dah digerakkan.

Pergi pula ke Balai Bomba, buat aduan. Sebenarnya tidak perlu tetapi saya dimaklumkan kena buat laporan. Sebagai orang yang patuh peraturan saya pergilah juga. Memang meletihkan, kan?

Sabtu, letih mencari pembaik kereta yang sudi datang buat anggaran. Akhirnya ada yang baik hati sanggup datang. Yang tak sanggupnya anggaran yang dinyatakan. Nak repair mahu juga sampai RM7-10k. Tak berepairlah jawabnya tapi kereta kena move juga kan?

Letih pula usaha cari penarik kereta yang sanggup menarik dan menawarkan  harga yang termampu.

Mulanya nak tarik saja dengan TRITON anak sahaja, tetapi tak boleh kerana pemandu tak dapat duduk selesa dalam semak kebakaran dan tidak dapat melihat menerusi cermin depan kereta tu.

Akhirnya hari inilah nak tarik dengan kos RM160. Letih fikiran, letih fizikal dan letih kocek atas "dosa" orang lain.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...