Setelah menyelesaikan urusan mendapatkan maklumat hasil siasatan kebakaran kereta saya di Balai Polis Kajang, saya pergi solat zohor di Masjid Bandar Kajang.( tak ingat nak ambil nama masjid ni ).
Ketika rokoq pada rakaat kedua, ada budak kecil perempuan sedang bertenggong di hadapan tempat sujud saya, mengambil cermin mata yang saya letakkan di sejadah di hadapan saya. Di tangannya juga ada sebuah lagi cermin mata.
Bila jemaah iktidal, dia berlari di hadapan kami ke arah kiri saf.
Sorrylah kalau pembaca menuduh saya tak kyusuk. Saya tabek kepada orang yang boleh kyusuk sedangkan kita tak tahu cermin mata kita dibawa ke mana, akan dapatkah semula dan tidakkah bila dapat semula dah patah atau sudah pecah?
Sedar fikiran melayang, tariklah kembali diri ke dalam solat untuk dua rakaat berikutnya. Sejujurnya tidaklah sempurna kyusuknya. Sedang tanpa gangguan pun kengkadang kita melayang kan? Saya bukanlah Saidina Ali yang tidak terasa panah di kakinya dicabut ketika begitu kyusuk di dalam solat.
Sehabis memberi salam, segeralah saya bangun untuk mencari budak perempuan itu. Lalu di laluan antara saf ternampaklah orang lain pun sedang memilih cermin mata masing-masing. Lebih kurang sepuluh buah cermin mata yang terkumpul hasil kerajinan budak perempuan itu. Sementara budak itu sedang dipeluk ayahnya.
Tidaklah ada sepatahpun kata-kata minta maaf dari si ayah kepada saya dan jemaah yang lain yang juga cermin matanya dikumpulkan di situ.
Membawa anak ke masjid tidaklah salah kalau ibubapa boleh mendisiplinkan anak masing-masing. Tapi yang sering berlaku ialah gangguan dari anak-anak yang tidak didisiplinkan.
Pernah berlaku budak berlari laju pergi dan balik di hadapan makmum. Sedang cermin mata, hp dll ada di letakkan makmum di depan mereka. Saya tak fikir ada makmum yang kyusuk berhadapan situasi begitu.
Bersangka baik, bapak ini mungkin membawa anaknya ke masjid kerana isterinya bekerja, dia yang mengasuh anak itu. Bersangka baik, dia solat bagaimana nak halang anaknya berkelakuan begitu. Bersangka baik, budak itu kecil tak tahu perbuatannya salah.
Akan tetapi nak bersangka baik macamana kalau si bapa langsung tidak ambil inisiatif pun membuka mulut memohon maaf dari jemaah-jemaah lain sebaliknya membatukan diri di tempat duduknya sambil memeluk anaknya.
Kalau nak bersangka baik juga, mungkin kita boleh anggap dia buta dan bisu.
No comments:
Post a Comment