Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 17

Pengurusan masa adalah topik yang sangat saya gemari . Walaupun sudah  bersara hampir 15 tahun, tajuk ini masih juga menjadi kegemaran saya.

Saya tidak boleh menerima keadaan di mana kita salahkan situasi kerana ketidaktepatan kita. Bagi saya masa adalah sesuatu yang dalam kawalan kita, cuma adalah sesekali yang di luar kawalan kita.

Menyedari tidak semua pembaca menggemari atau memerlukan panduan pengurusan masa, terutamanya yang seusia dengan saya, saya tidak akan menulis tentang pengurusan masa yang berfokus kepada pengurusan di tempat kerja sahaja, sebaliknya saya akan  memperkatakan tentang pengurusan masa dalam  kehidupan biasa,  yang setiap kita masih perlu sebenarnya . Walau bagaimanapun  saya sentuh juga buat panduan pembaca-pembaca yang masih bekerja.

Saya sangat tidak gemar ungkapan begini masa bekerja dulu:

Mesyuarat pukul berapa?

" Pukul 9.00 pagi, tapi ah pukul 9.30 le tu. "

Pukul berapa kita nak berjumpa pihak tu?

" Dalam pukul 10 pagi, tapi biasalah janji Melayu."

Eh kita dah merdeka puluhan tahun, dah tukar kerajaan dah pun, masih guna ungkapan tu lagi ke?

" Lokoih " benar ke kita orang Melayu hingga temu janjipun tidak boleh menepati masa?

Selalu juga kita dengar bila ada kumpulan nak ber"convoy" ke rumah pengantin:

Kenapa lambat sangat Si Feah ni?

Biasalah, anaknya bukankah ramai?

Boleh terima ke alasan itu? Bagi saya, saya tidak boleh terima. Ada dua sebab kenapa saya kata tak boleh. Pertama pengurusan masa adalah atas kita. Kedua, dah tahu anak kita ramai, persiapan kita sepatutnya lebih awal. Itu saja.

Penggunaan masa mesti dirancang.

Saya selalu menyampaikan taklimat peperiksaan kepada petugas peperiksaan pukul 9 pagi.

Kalau taklimat itu di Manjong, saya perlukan masa perjalanan satu setengah jam dari rumah saya di Ipoh. Satu jam saya peruntukkan untuk set up komputer riba , lcd projector dan screen dan apa saja yang berkaitan. Saya lakukan sendiri tanpa harapkan kakitangan saya .

Saya cukup tak suka melihat di ceramah -ceramah atau kursus -kursus , kerja set up di buat di hadapan peserta yang sudah memenuhi dewan. Kemudian berlaku pula komputer hang, lcd projector tidak respon dan sebagainya. Pendekatan saya, ketika peserta pertama memasuki dewan, saya sudah ready untuk tekan enter memulakan sesi ceramah saya.

Saya basikan lagi 30 minit untuk perkara-perkara luar jangka yang mungkin berlaku.

Jadi saya perlukan 3 jam dari bertolak hingga tekan enter dan ceramah bermula. Jadi saya kena bergerak seawal pukul 6 pagi. Itu saja.

Kalau semua dah diambil kira, kemudian di pertengahan jalan, jalan terputus kerana tanah runtuh, atau lori minyak terbalik melintangi jalan, itu baru takdir.

Saya melihat seorang ibu berkerjaya menguruskan dirinya, suaminya dan anak-anaknya untuk ke tempat kerja dan ke sekolah.

Malam sebelum tidur, beg kerja dia, beg kerja suami dan beg sekolah anak-anak termasuk beg pakaian untuk transit dan sebagainya sudah disusun rapi dekat pintu keluar.

Pagi besoknya, dia bangun awal,  sempat untuk menyediakan sarapan ringkas untuk suami dan anak-anak dan menyediakan anak-anak berpakaian untuk ke sekolah. Masa berangkat capai saja beg-beg tadi dan susun dalam kereta dan semua naik kereta dengan teratur. Dan sempat sampai ke destinasi yang jauhnya lebih 50 km.

Inilah pengurusan masa. Kalau bangun pun lewat, sebelum tidur tak sedia apa, memanglah kelam kabut. Jadi saya tekankan pengurusan masa adalah atas kita.

Selamat menguruskan masa.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...