Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 13

1970

Seorang pemuda berusia dalam lingkongan 20 tahun masuk ke sebuah kedai pakaian mencari pakaian kanak-kanak.

Dia ingin membeli sehelai baju untuk anak saudaranya yang berusia lebih kurang setahun pada ketika itu.
Semalam dia menerima gaji pertamanya sebagai guru sementara di sebuah sekolah menengah.

Setelah membelek - belek beberapa helai baju, dia suka sekali dengan sehelai baju.

Setelah tawar menawar dia bersetuju dengan dengan harga yang ditawarkan iaitu RM6.50 ( harga tahun 1970 ). Lalu ia menyeluk sakunya. Ternyata dalam sakunya cuma ada RM 6.35 .  Dia tidak membawa semua duit yang dia ada demi mengelakkan duit terjatuh , hilang dan sebagainya.

Dia memberitahu keadaan berkenaan kepada Tauke kedai berkenaan iaitu seorang Cina separuh umur. Dia mohon pada Tauke itu untuk membayar RM6.35 dahulu dan berjanji akan balik mengambil duit dan membayar bakinya yang 15 sen itu.

Tauke itu memandang agak lama pemuda itu dan kemudiaannya memberi persetujuan.

Pemuda itupun keluar dari kedai berkenaan sambil membawa bersama baju yang dibelinya. Tauke Cina hanya memandang pemuda itu mencapai basikal dan berlalu dari situ.

Jarak dari kedai itu ke rumahnya pergi dan balik adalah sekitar 4 km.

Sampai ke rumah, dia mencapai beg duitnya dan bergegas mengayuh basikal balik semula ke kedai tadi.

Masuk ke kedai, terus menuju ke arah Tauke kedai dan menyerahkan wang syiling bernilai 15 sen.

Tauke begitu kagum. Dia tidak langsung menyangka dan mengharapkan pemuda itu akan datang kembali hanya untuk menyerahkan wang 15 sen itu.

Dia bercakap sesuatu kepada isteri dan anaknya yang ada di situ dalam Bahasa Cina dialek Kantonis sementara pemuda itu sudah bergerak menuju ke pintu kedai.

Tauke itu memanggil pemuda itu lalu berkata " Lain kali bila mali sini, awak mahu beli apa cakap saja. Tak payah tawar-tawar. Kita olang bagi you special harga."

Tauke itu amat teruja dengan kejujuran pemuda ini. Dia tidak menyangka pemuda itu akan datang semula menyerahkan duit 15 sen sedangkan pemuda itu boleh saja tak datang semula. Bukan dia kenalpun.

Dan sejak hari itu selama 4-5 tahun jugalah pemuda itu menggunakan keistimewaan yang diberi  itu dan keluarga Tauke itupun melayannya dengan baik sehinggalah dia masuk maktab, bekerja dan berkahwin.

Cuma bila sudah berkeluarga dan cuma balik sekali sekala ke pekan kecil itu, kekerapan kunjunganya ke kedai itu semakin berkurangan. Tapi bila teringat akan Tauke kedai itu , dia pergi juga berkunjung walaupun tidak membeli apa-apa, walaupun selepas Tauke lelaki itu sudah meninggal

Mesejnya di sini, kejujuran walaupun sekecil mana akan dirasai dan dihargai. Allah membalas kebaikan kita ketika masih di dunia lagi.

Kebaikan akan terus dikenang walaupun masa berlaku.

Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...