Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 11

Ada orang terimbau kenangannya  ke masa lampau menerusi lagu -lagu. Ada yang terimbau kenangannya  ke masa lampau melalui gambar-gambar kenangan.

Akan tetapi sedar tak bau-bau yang kita hidu atau terhidu juga boleh menggamit kenangan ? Lebih-lebih lagi bau alam semula jadi bagi yang pernah tinggal di kampung-kampung.

Bila saya sebut hidu , saya maksudnya secara benar ia menghidu bau tu. Bila saya sebut terhidu, saya tidak maksudkan ia menghidu secara tidak sengaja walaupun penambahan "ter" terpakai untuk perbuatan tidak sengaja. Terhidu di sini saya maksudkan, tiba-tiba bau itu wujud dan kita seolah -olah dapat menghidunya sedang sebenarnya ia tidak wujud. Semacam ilusi dalam bentuk bau bukan benda yang dapat dilihat.

Tulisan saya kali ini mungkin sukar difahami sesukar saya cuba untuk memaham dan menggambarkannya kepada pembaca.

Bagaimanapun saya cuba juga menulisnya dengan harapan pembaca dapat memahami dan merasakannya.

Cuba bayangkan bau jerami padi yang separa lembut dan separa lembab,  bercampur dengan bau lumpur dan rumput-rumput yang baru ditajak. Di mana bau ini wujud? Di batas-batas sawah di musim menanam . Dapat rasakan ?

Saya minta maaf bagi yang lahir dan membesar di bandar. Memang pasti tidak dapat merasakan malah menggambarkannya..

Ketika saya naik ETS dari KL suatu hari, tetiba seperti terhidu suatu bau. Bau anak belalang yang baru menetas di atas daun keladi yang ada sedikit air bertakung.

Siapa dapat membayangkannya dan di mana bau dan pandangan itu boleh di temui? Bau dan keadaan itu dapat ditemui di lorong-lorong kecil dari sawah menuju ke kampung. Dapat bayangkan dan rasakan?

Apa yang saya papar di bawah ini boleh dilalui oleh orang kampung atau orang bandar  , iaitu bau hidung kucing yang lembab. Ibu kucing lain baunya sementara anak kucing lain pula baunya.

Bau sabun wangi Lemon Fresh mungkin mengingatkan anda pada awek anda di zaman remaja , yang pernah menggunakannya dan berkongsi aromanya bila datang dating dengan anda.

Pendek kata banyak lagilah contoh - contohnya. Cuba anda berkhayal sekejap dengan mengimbas bau-bau yang pernah menjadi persekitaran anda.

Sesuatu yang mungkin menyeronokkan, merindukan, memilukan tetapi pasti membangkitkan kenangan.

Itu saja kali ini.  Sesuatu yang sukar dijelaskan, sukar difahami dan sukar untuk anda terlibat sama di dalamnya.

Tak mengapalah. Biar saya  sesekali menulis sesuatu yang berseni sementara menanti ilham menulis sesuatu yang berbentu fakta yang mudah dan santai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...