Pukul 9.45 pagi aku whatsapp member Group B.Ed ( Agric ) 83/87, beritahu aku ada lepak kat Masjid Al Najihin ( Bandar Seri Permaisuri ) .Beritahu juga urusan aku dengan HUKM pukul 2 petang. Lepas itu aku terlelap.
Bila aku sedar pada 9.53 pagi , aku baca mesej kawan aku yang tinggal di Bandar Tun Razak, Latifah namanya, ajak aku ngeteh dan dia akan datang dengan suaminya ke Restoran Taqwa pukul 10.15 pagi . Eh mujur aku tersedar dan terbaca.
Tetiba nama Restoran Taqwa hilang dari radar ingatan aku. Di mana yer? Familiar nama tu tapi lokasinya aku benar - benar blur.
Aku call Latifah ( kami panggil Tipah je. Tapi ini bukan Tipah tertipu dalam cerita Ali Setan ). Dua kali call, dua kali tak berangkat. Aku call isteri aku bertanya kalau dia tahu di mana Restoran Taqwa itu. Dia pun ter blur, tapi dia kata sekitar Bandar Seri Permaisuri jugalah. Pakailah Waze dia beri cadangan.
Aku pun setlah hp aku , guna Navigation nak cari di mana Restoran Taqwa. Malang betul nasib aku, boleh pulak masa tu GPS conection lost... Aku bawa sajalah ikut naluri aku. Pusing Bandar Lama Seri Permaisuri, tak jumpalah pulak. GPS masih conection lost.
Teruskan juga ikut arah yang aku agak, mungkin kat Dwi Tasek, dan ketika itu barulah dapat connect ke GPS. Ikutlah. Tapi tidak jumpa dan GPS suruh buat u turn dan balik ke lampu isyarat dan suruh belok kanan. Ohh baru ternampak Restoran Taqwa di sebelah kanan dan baru teringat restoran tu memang kat situ. Mana boleh restoran tu bergerak pulak kan? Elok nak membelok ke restoran tu Latifah call balik kata dia orang baru bergerak dari rumah. Tadi dia tak angkat call aku sebab sedang bersiap. Jadi aku masih jadi orang yang menunggu bukan orang yang ditunggu. Memang begitu selalu bila aku ada temujanji dengan sesiapa sahaja. Aku tidak suka jadi orang yang ditunggu.
Nak parking pulak tiada duit syiling. Tukar duit kertas dengan duit syiling di kaunter bayaran Restoran Taqwa. Kemudian parking le dengan selesa. Menapak semula ke Restoran, cari tempat duduk yang selesa.
Pelayan restoran datang tanya aku nak minum apa. Aku kata nantilah saya tunggu kawan. Ternyata dia tidak faham apa yang aku cakap. Tak faham langsung . Lalu aku kata, kalau tak boleh cakap Melayu jangan datang ke sini le. Kemudian aku terfikir sendiri, kalau aku kata aku tunggu kawan pun dia tak faham, mana dia faham apa aku cakap kat dia. Buat ngabehkan boreh je.
Tidak lama lepas itu sampailah Latifah dengan suaminya. Selepas bersalaman dan duduk selesa, datanglah pelayan lain tanya apa kami nak order. Oleh kerana aku perlu makanan bermasak masa itu juga, dan tadi dah makan roti telur dengan isteri, terpaksalah aku order mee goreng mamak.
Makanan dan minuman segera sampai. Kami pun makan sambil berbual. Mulanya tentunya di sekitar penyakit aku, lepas tu barulah cerita tentang kengkawan yang lain , pun ada kaitan dengan sakit ( maklumlah cerita orang tetua ). Ada yang dia sendiri sakit dan ada pula yang isteri sakit.
Selesai makan, kami pun bersurai. Aku tak terfikir sangat nak ke mana? Balik ke masjid atau bergerak pula ke lain? Akhirnya aku menuju arah ke Tesco. Tapi belum sampai ke Masjid Saidina Osman, aku dah berhenti, parking kat pinggir padang bola sepak dan menulis hingga siap tulisan ini.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment