Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Luah Bicara 95

Aku merasakan hutang tulisanku terlalu banyak sekurang-kurangnya kepada diriku sendiri  yang harus kulangsaikan.

Ada dua perkara yang kurasa perlu kutulis terlebih  dahulu. Pertama tentang status penyakitku yang kurasakan keputusannya seperti tergantung dalam tulisanku *Luah Bicara 94* dan kedua noltagia dan tulisan terakhir tentang kematian Girl2  kucing kesayanganku yang tidak kurang impaknya pada diriku.

Dalam *Luah Bicara 94* di perenggan penutup aku mengulangi apa yang aku rasanya seperti luahanku  pada perenggan-perenggan sebelum iaitu " _Pun seperti aku rasakan, aku sudah malas untuk mengharap_ "

Begitulah aku menunggu panggilan dokter hari itu. Dan tidak lama selepas aku selesai menulis *Luah Bicara 94*, namaku dipanggil.

Seperti biasa aku segera menyahut dan segera pula melangkah masuk dengan langkah yang pantas. Ciri - ciri seorang pesakit tidak dapat dikesan dari gerak geri pantasku. Ini kerana, dengan izin Allah dan selalu kunyatakan pada  rakan- rakan yang bertanya, aku merasakan diri aku amat sihat, cuma kerana sentiasa dimaklumkan sel kanserku masih ada, jadi aku kena lalui kimo demi kimo dan PET Scan demi PET Scan serta colonoscopy demi colonoscopy. Dan kalau pun kengkadang ada gangguan pada kesihatanku, ini adalah kesan kimo bukan kesan kanser.

Pendek sekali pertemuan aku dengan dokter hari itu. Hasil dapatan dari proses colonoscopy yang aku lalui, apa yang disyaki saki baki kanser itu sebenarnya adalah keradangan (imflammation) biasa.

 Aku diistiharkan bebas dari sel-sel kanser dan tidak lagi perlu menjalani apa-apa rawatan. Ini berita gembira dalam kesedihan aku mengingati Girl2 yang pergi. Girl2 tidak dapat bersamaku dalam menerima berita baik ini. 

Entah kenapa aku tidak begitu teruja dengan hasil dapatan itu. Aku memanglah rasa bersyukur tetapi tiada riaksi emosi melampau dari aku. Mungkin kerana aku sudah letih menunggu  dan seperti yang aku tulis dalam tulisan terdahulu, aku sudah tidak menggantungkan apa-apa harapan selepas melalui 14 kali kimo, 7 kali PET Scan dan 5 kali Colonoscopy. Namun tidaklah dinafikan aku merasa lapang bila dokter mengulangi aku bebas dari sel kanser ( buat masa ini), tiada lagi proses kimo dan rawatan lainnya. Malahan semua pengambilan ubatan diberhentikan. Aku cuma perlu datang selepas 6 minggu dari tarikh hari itu untuk pemeriksaan darah dan 3 bulan pula dari tarikh itu untuk melalui PET Scan untuk mengetahui status kanserku selepas  dikatakan bebas itu.

Memang terasa leganya sebab tidak perlu check darah setiap 5 hari dan dressing PICC setiap minggu.

Cuma sekarang aku perlu menjaga pemakananku dan mengamalkan rawatan alternatif jika perlu supaya sel kanserku tidak datang semula.

Begitulah perjuangan panjangku melawan kanser dan dengan izin Allah akhirnya berjaya kerana dengan patuh dan tabah melalui semua bentuk rawatan yang disarankan.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...