Sambil memandu pagi tadi, aku mendengar siaran radio Kelasik Nasional. Setelah mendengar lagu - lagu hiburan, pendengar disajikan pula dengan slot apa yang tular hari ini?
Lalu diceritakan bagaiamana , sebuah video yang berdurasi lebih kurang 2 minit , menunjukkan seorang OKU yang berkerusi roda, bersusah payah menggerakkan kerusi rodanya ke tepi longkang untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkat di longkang tersebut. Bagaimana OKU yang tidak berkaki itu berusaha menggunakan tangannya untuk menyelamatkan kucing itu.
Tentunya sesuatu yang mengkagumkan , bukan? OKU yang tiada kaki dan berkerusi roda sanggup berusaha menyelamatkan seekor kucing. Mulia hatinya. Kan?
Tapi aku selalu berfikir berlapis, bukan selapis sahaja. Sudah tentulah video itu ada yang merakamkannya bukan? Dua minit panjang juga tu. Persoalannya kenapa tidak dia sahaja yang menyelamatkan kucing itu atau sekurang - kurangnya membantu OKU itu menyelamatkan kucing itu? Kenapa dia ssnggup membiarkan OKU itu terkial - kial melakukannya, sedangkan dia hanya menonton dan merakamkan episod itu?
Keperihatinnya di mana?
Lantas aku teringat suatu ketika dulu, seorang jurufoto dapat merakam satu filem yang hebat iaitu menunjukkan seorang manusia dibaham harimau sampai habis. Hebat filem rencana tu. Tapi kemanusiaannya di mana? Tidakkah dia mampu melakukan sesuatu, sekurang - kurangnya mengejutkan harimau itu supaya tidak membaham orang itu? Dia terperangkap di antara mendapatkan penggambaran yang sensasi dengan kemanusiaannya dan dia memilih untuk mendapatkan penggambaran yang sensasi mungkin demi nama atau suatu kepuasan diri.
Keadaan begitu, banyak berlaku sekarang ini di mana dengan kemudahan mengambil gambar video dengan menggunakan telefon bimbit, ramai yang mengambil kesempatan merakam gambar eksiden berbanding dengan yang berusaha menyelamatkan mangsa eksiden tersebut. Sekali lagi pertanyaanku, keperhatinan kita di mana?
No comments:
Post a Comment