Seharian ini tidak menulis. Badan yang kurang sihat dan masa yang separuh habis dalam perjalanan penyumbang kepada terhalangnya aku dari menulis.
Aku pun sedang memikirkan apakah akan kusambung tulisan dengan cerita tauladan kedua atau menulis dulu sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain itu sudah kufikirkan dari semalam.
Semalam aku ingin menulis begini. Kita selalu mendengar ungkapan, aku terlalu sayang padamu. Lalu responnya ialah akupun.
Maknanya samalah kan? Tapi betul ke sama? Kalau A menggunakan 100 iaitu sekala tertinggi sebagai gred aku terlalu sayang padamu apakah Si B yang mengungkapkan akupun juga bermaksud menggunakan sekala 100 ?
Katakan yer, kedua-kedua A dan B menggunakan sekala 100, adakah ini bermaksud sama? 100 bagi B mungkin secara berbanding hanya 20 sahaja bagi A bukan? Inilah adalah kerana perasaan seperti sayang sesuatu yang amat subjektif. Pengukuran melalui ungkapan memang tidak dapat menggambarkan perkara sebenar. Itu belum lagi diambil kira jika B menyebut aku pun itu sebagai ungkapan ambil hati.
Jadi bagaimana mengukur perasaan? Tiada suatu skala yang tepat. Cuma rasanya ukuran yang boleh dipakai ialah tindakan / perilaku yang mengiringi aku terlalu sayang padamu dan tindakbalas/perilaku dari yang mengungkapkan akupun itu. Itupun tetap masih tak dapat diukur dengan tepat kerana perlakuan juga boleh ditakdir secara subjektif.
Faham apa yang aku cuba sampaikan?
Kenapa perkara ini yang aku tulis. Pertama kita tidak pernah lari dari perasaan. Kedua sesekali apa salahnya kita memikirkan sesuatu yang serius secara santai. Ketiga supaya tidak ada yang terbuai dengan ungkapan aku pun.
Satu lagi yang ingin aku sentuh, ialah tentang impian dan harapan.
Anda menggantung impian ingin melaksanakan sesuatu dengan orang tersayang. Harapan anda begitu tinggi. Anda merangka begitu dan begini. Siap-siap dengan langkah yang anda bayangkan kepada yang tersayang. Anda bayangkan hasilnya yang begitu perfect. Tapi bila waktunya sampai impian dan harapan anda berkecai. Bukan sahaja segala langkah tidak terlaksana. Apa yang anda ingin lakukan bersamapun tidak terlaksana. Kenapa?
Impian dan harapan anda tidak sepunya. Apa yang anda rangka bukan apa yang pasangan anda mahukan. Apa yang menjadi harapan anda tidak.pernah menjadi harapannya.
Solusinya bagaimana? Binalah titik kesamaan. Binalah impian dan harapan yang sepunya. Apapun sekali lagi ia sesuatu yang subjektif.
Agak pendek tulisan saya kali ini . Akan tetapi biarlah ianya pendek asal dapat dihayati sepenuhnya.
Bercakap tentang perasaan, tentang hati dan rasa, tentang cinta dan rindu adalah topik yang tidak akan habis dan ianya merentasi usia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment