Tetiba saja saya rasa teringin berkongsi sesuatu yang di luar kebiasaan atau di luar kotak kata orang. Sesuatu yang berat sebenarnya tetapi saya nak sampaikan dengan cara yang ringan.
Cuma nak kongsi. Kongsi ilmu, kongsi pengalaman , kongsi cara , setakat pengetahuan dan pengalaman yang ada pada saya.
Kalau nak explore lebih jauh dan lebih dalam terpulang anda. Nak berekspremen juga boleh.
Suspen je bunyinya kan?
Suatu malam di doom asrama yang ada sekitar 20 orang pelajar, dua orang pelajar terbangun hampir serentak. Seorang di suatu hujung doom dan seorang di hujung yang satu lagi. Kedua-dua membuka mulut untuk menyapa. Kedua-duanya mengungkapkan soalan yang sama.
Pernah anda alami? Kenapa keadaan begini berlaku?
Menurut guru biolagi saya , Cikgu Harun , ketika saya belajar di Sekolah Alam Shah dulu, perkara begini berlaku kerana dalam keadaan tenang, gelombang pemikiran kita menjadi sama apabila kita tertumpu. Dalam kes tadi, pelajar A tertumpu kepada pelajar B, sementara pelajar B juga tertumpu kepada A.
Begitu juga sedang anda berjalan di suatu lorong taman perumahan atau jalan kecil kampung anda, anda terasa macam anda dipandang dan anda menoleh. Betul anda sedang dipandang.
Pernah tak anda memandang kawan perempuan sekelas anda dengan begitu kyusuk , tetiba dia menoleh dan memarahi anda: apa pandang-pandang?Apa anda jawab? Kalau saya, saya jawab, kalau awak tak pandang saya macamana awak tahu saya pandang awak?
Pernah alami? Kenapa anda dapat merasainya? Kenapa kawan anda merasainya? Sekali lagi dalam keadaan tenang, aliran fikiran sipemerhati bersambung dengan anda yang diperhati. Begitu juga anda yang memerhati bersambung dengan gadis yang anda perhati. Dapat? Begitulah kata Cikgu Harun lagi.
Tiori yang nampak kecil ini membawa kepada satu kaedah menghubungkan minda dengan minda malahan minda dengan benda-benda melalui kaedah yang dinamakan telepati. Hingga di peringkat aras tinggi, ada yang mampu membengkokkan paku melalui tenungan mata dan pemusatan pemikiran.
Apa yang disebutkan oleh Cikgu Harun ini amat menarik perhatian saya lalu saya baca beberapa buah buku atau artikel tentang telepati ( telepathy) dan mula bereksprimen. Memang sukar dengan ilmu yang sedikit. Tetapi saya berjaya melakukan dua tiga perkara melalui kaedah ini.
Apa yang En Yahya melalut ni? Mungkin ada yang berfikir begitu. Tapi saya berjaya melakukannya walaupun kejayaan itu sangat kecil. Halangan paling besar ialah memusatkan fikiran.
Saya ketika memandu sendirian di Lebuhraya dan berhenti rehat kerana mengantuk akan beritahu minda saya, aku nak tidur 10 minit sahaja. Syukur alhamdulillah , dengan izin Allah, di minit yang ke 9 nak sampai ke 10 saya tersedar macam dikejut ( kata orang Perak, tergeramang) dan saya bangun on time untuk meneruskan perjalanan. Ini sering saya lakukan. Itu masa saya masih bekerja le. Sekarang tidak bekejar dengan masa, saya tak set le. Minda kita sebenarnya boleh di"set".
Ketika di kampung ada seorang gadis, belajar matematik dengan saya. Malam itu dan rasanya malam sebelum itu pun dia tidak datang seperti selalu. Kerana hati nak dia datang, jadi dengan tiori telepati pemusatan fikiran, saya fokus. Saya bayang dia bersiap, saya bayangkan dia capai buku, saya bayangkan dia berjalan ke rumah saya, semakin hampir dan hampir lalu saya terdengar gemerincing bunyi rantai kakinya, dan dia betul sampai.
Itulah kejayaan paling hebat. Tak tahulah telepati saya memang berhasil atau kebetulan tetapi ianya amat menakjubkan saya.
Saya pernahlah cuba nak bengkokkan paku dengan telepati, tetapi dah sampai ke usia 70 ni pun masih gagal. Hi hi .Kalau tidak saya tentu dah jadi macam David Copperfield si pemain silap mata tersohor tu ( Daud Padang Tembaga nama Melayunya ).
No comments:
Post a Comment