Terbaru Dari Kami!!!!

Terbaru Dari Kami!!!!
Dapatkan buku terbaru kami. Click untuk beli dari Lazada atau WA 013-5336411 (Pak Ya) / 017-2542373 (Syahril)

PENGUMUMAN!!!!

PENGUMUMAN!!!!
Terlepas nak baca Luahan 1 -50. Dapatkan ia dari LAZADA. Click pada BUKU

Tulisan 12

Kepuasan seorang penulis ialah apabila dia berjaya menyiapkan tulisannya. Akan tetapi menyiapkan tulisan untuk dihantar ke percetakan tidak sama dengan menyiapkan tulisan untuk diposkan ke media sosial seperti fb, blog, whatsapp group, istragram dll.

Untuk dihantarkan ke percetakan perlu melalui editor yang akan menapisnya dan membetulkannya dari segi bahasa, bahan dan lain-lain.

Menghantar ke media sosial boleh saja asal siap walau pun bahasa entah apa-apa dan ejaan bersepah dengan kesalahan.

Tapi kepuasan tetap sama. Kalau berjaya menulis sehingga selesai dan berjaya dihantarkan ia sudah merupakan satu kepuasan.

Kepuasan seterusnya ialah apabila tulisan kita tersiar. Dalam kes ke media cetak, bila diterima dan dicetak , sang penulis sudah sangat gembira.

Kepuasan juga   akan dirasakan oleh penulis media maya. Tapi nikmatnya pasti tidak sama kerana sesiapa saja boleh menghantarnya dengan begitu mudah. Tidak seperti di media cetak , kerana lulus untuk dicetak bererti tulisan anda berada pada tahap yang berkualiti.

Kebahagiaan atau kepuasan seterusnya ialah apabila tulisan kita dibaca. Kalau di sana sini kita melihat novel kita dibaca dan di kedai buku sudah kehabisan, maknanya sambutan pembaca amat menggalakkan. Akan tetapi kalau jarang-jarang bertemu orang membaca karya kita dan di kedai -kedai masih banyak yang belum terjual, bermakna karya kita kurang mendapat tempat.Jadi kepuasannya tidaklah seperti yang mendapat sambutan itu. 

Di situ kita dapat menilai letaknya tulisan kita di hati pembaca.

Akan tetapi agak sukar menilai sambutan pembaca terhadap tulisan kita di media sosial. Tanda dua✔ berwarna biru di Whatsapp  tidak semesti bererti tulisan anda  sudah dibaca kerana tanpa begitu juga muncul kalau cuma dibuka. Tanda 👍 juga boleh jadi tulisan anda baik tetapi baik bagaimana? Atau kawan - kawan anda boleh saja menandakan 👍kerana anda berjaya menghasilkan tulisan yang panjang tanpa mereka membaca tulisan anda. Kan?  Kalau ada sedikit komen, sedikit ulasan, itu bermakna tulisan anda memang dibaca. Kepuasannya memang tak sama.

Akan tetapi terasa juga sedihnya bila tulisan kita berlalu begitu sahaja tanpa tanpa tanda 👍 dan tanpa ada sesiapa yang komen sebagai tanda dibaca walaupun ahli group yang kita hantar tulisan kita itu agak ramai. Bak kata simpulan bahasa, tulisan itu seolah-olah hilang di olak.

Walau bagaimana pun kita kena akur tidak semua orang suka membaca tulisan yang panjang.  Terutama yang bukan kaki membaca.  Mungkin melebihi 10 baris dah terasa terbeban.

Tapi bagi seorang penulis, bila ada seorang berdua pun yang mengikuti tulisannya, dia terpanggil untuk terus menulis bagi memenuhi hasrat seorang berdua itu.

Begitulah. Sekurang-sekurangnya dapat kepuasan meluahkan apa yang berligar di dalam minda walaupun  liputannya tidak seluas yang diharapkan.

Ya, begitulah.

No comments:

Post a Comment

Luah Bicara 97

Sebentar tadi aku membuka YouTube. Mendengar  saranan seorang Dato' yang agak popular dan kontraversi terhadap PM. Katanya PM pun dah di...