Dalam Tulisan 76 , aku berbicara tentang rahsia. Rahsia seharusnya tidak dikongsikan supaya status rahsianya kekal rahsia. Memang sakit menyimpannya tetapi kadangkala kita kena lakukan demi kebahagiaan orang lain, puaskan hati orang lain atau jaga hati orang lain, walaupun hati kita sendiri tersiksa.
Aku laluinya banyak kali dalam kehidupanku. Maksudku menyimpan rahsia. Dari usia yang terlalu muda hinggalah ke saat usiaku mencecah 71 tahun ini.
Kenapa kusentuh semula tentang rahsia dalam Luah Bicara 6 ini? Ini adalah kerana aku ingin berkongsi bagaimana rahsia yang kita sembunyikan atau kita sembunyikan kepada suatu pihak tetapi tidak kepada pihak yang lain dapat menyelamatkan keadaan.
Anda mengambil atau melakukan sesuatu tindakan dengan memberikan hujah - hujan yang diyakini atau munasabah tetapi sebenarnya ada sebab lain yang anda sembunyikan. Biarlah begitu kalau itu yang terbaik walaupun orang menganggap anda bodoh atau tindakan anda itu bodoh. Sebenarnya anda cerdik dengan cara anda sendiri.
Anda mungkin sedih atau mungkin kecewa dengan sesuatu keadaan tetapi anda rahsiakan rasa sedih anda atau rasa kecewa anda demi keadaan yang mengecewakan atau menyedihkan itu berlalu tanpa disedari orang lain ianya mengecewa dan menyedihkan anda. Kadang - kadang dalam kehidupan ini, pengorbanan diperlukan.
Menyimpan rahsia adalah suatu pengorbanan. Berahsialah bila perlu. Berkorbanlah demi kebahagiaan orang lain yang anda sayangi.
Apa sebenarnya ingin kusampaikan? Biarlah ianya menjadi rahsia.
No comments:
Post a Comment