Sebagaimana yang saya pernah maklumkan, saya suka berintraksi dengan persekitaran saya, sama ada terkeluar secara lisan, gerak anggota atau cuma di dalam hati sahaja.
Hari ini saya akan menulis secara santai perkara - perkara biasa sahaja, hasil intraksi saya dengan persekitaran saya.
Persekitaran saya ketika bergerak dari tempat parking tadi ialah siaran dari radio kereta saya.
Radio Malaysia Stesyen Kelasik Nasional sedang menyiarkan lagu nyanyian Azian Mazwan Sapuan Rumah Kecil Tiang Seribu. Seni kata rangkap awal ialah pantun lama:
Rumah kecil tiangnya seribu,
Rumah besar tiangnya sebatang,
Kecil - kecil kau ditimang ibu,
Sudah besar kau ditimang gelombang.
Nampak macam ok je kan? Pembayang pertama dengan maksud pertama tu nampak cantik je rimanya kan? Lagunya pun sedap didengar.
Tapi otak saya berfikir cara lain. Kalau tiangnya seribu, rasanya tidaklah kecil rumah tu kan? Katakan tiangnya hanya kayu beluti 2 inci x 2 inci, kalau seribu, banyak tu. Besar rumah tu. Tak kanlah nak buat tiang yang bercantum antara satu dengan yang lain kan? Pun kalau tiangnya hanya sebesar batang mancis, itu dah bukan rumah, itu model rumah.
Ala Pak Ya, itu kan cuma pembayang pantun, relaxlah. Tak boleh gitu. Sesuatu itu mesti lojik atau betul. Kalau ada yang tulis pembayang pantun, pokok berembang di lereng gunung, mana mahu nye kan? Pokok berembang hanya tumbuh ditebing sungai sebelah hilir.
Maksud pantun tu cantiklah. Masa kecil kita ditimang dalam ertikata sebenarnya oleh ibu kita. Bila kita menjadi dewasa, kita menghadapi pelbagai masalah yang secara simboliknya dikatakan ditimang gelombang. Gelombang dalam kehidupan kita.
Habis lagu tu, keluar pula sedutan ceramah motivasi Dr Haji Tengku Ismadi. Beliau mengeluarkan peribahasa lama, sedikit - sedikit jadi bukit. Lalu minda saya berkata, itu kalau ditimbun Dokter, kalau dikaut, sedikit sedikit rata dan licin jadinya. Jadi nampaknya peribahasa itu kena diperkemaskan lagilah. Kena beritahu ditimbun atau ditambah. Supaya jelas bila sedikit - sedikit akan jadi bukit, bukan jadi rata atau licin. Betul tak ?
Sekejap tadi ketika lalu di Jalan Sri Permaisuri, nampak papan tanda syarikat. Sebenarnya dulu nampak dah, tapi untuk memanjangkan sikit tulisan ni, eloklah saya komen. Nama syarikatnya Pembinaan Punca Cergas. Amenda tu? Apa maknanya ? Kalau dia orang nak kata pembinaan tu sebagai punca menjadikan dia orang cergas, itu dah ayat penyata kan? Tak jadi nama. Banyak lagi nama yang dibubuh ikut sedap je. Saya selalu berselisih atau mengekori kenderaan pengangkutan yang nama syarikatnya Gerimis Baiduri. Gerimis ni hujan renyai yang saiznya amat kecil iaitu 0.5mm sahaja. Baiduri ni sejenis batu permata. Jadi Gerimis Baiduri tu apa maksudnya? Hujan renyai yang terdiri dari batu permata? Betul ke? Sesuai ke agaknya jadi nama syarikat pengangkutan? Entahlah.
Seronok berintraksi dengan persekitaran ni. Tapi kena rajin le berfikir. Fikiran pun tak boleh le lurus bendul. Kena gila - gila sikit.
Ingat setakat ni dulu. Nanti langsung tak ada posting hari ni.
No comments:
Post a Comment